Showing posts with label simpanan lantikan. Show all posts
Showing posts with label simpanan lantikan. Show all posts

Sunday 12 June 2016

Simpanan Lantikan ke Lantikan Tetap

Assalammualaikum...
Selamat berpuasa semua.. dah masuk hari ke-7 kita berpuasa.. alhamdulilah semua berjalan seperti biasa.. bulan puasa ne bulan yang sangat berkat dan segala doa akan didengar..

admin nk kongsi sikit berkenaan bulan ramadhan yang penuh berkat ne..

Pada tahun 11.11.2013 admin ada hadir interview bagi jawatan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J29.. (  Interview Penolong pemeriksa Kilang dan Jentera )

10.06.2016 admin semak status permmohonan


Pen.Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J29
 
26.07.2016 admin semak selepas sistem update dari Gred J29 ke JA29


Pen.Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29

Status Jawatan admin telah bertukar ke LANTIKAN TETAP... Happy sangat tp dalam pada sama tak sure lagi takut ade masalah sistem kt sana.. jadi untuk mengukuhkan lagi adakah benar admin call bahagian unit tawaran. Alhamdulilah Pn.aziah mengesahkan ia adalah betul dan dimaklumkan 3minggu surat tawaran akan di poskan.. Selagi tak ade hitam putih admin tak yakin gak.. jadinya tunggu lah Surat.. hehe

Alhamdulilah 3 tahun admin tgu akhirnya rezeki bulan ramadhan...

Sekian dari admin.. Selamat berpuasa..

u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Tuesday 21 April 2015

Ranking Calon Simpanan Lantikan - SPA

Wah!!! tentu ramai yang mengeluh serta hampa berkenaan dengan ranking calon simpanan SPA. tu lah ragam calon, bila di beritahu ranking SULIT bising.." kenapa SULIT" bila di paparkan Status simpanan bertambah bising katanya tak logik di akal..

Admin merupakan salah satu calon simpanan bagi jawatan Penolong Pemeriksa kilang dan jentera gred J29..

No. Ranking Admin.

SIMPANAN LANTIKAN ( NO.11 DARIPADA 25 CALON )
TEMPOH SAH SIMPANAN SEHINGGA 1 JULAI 2016

bila diamati balik dulu masa interview simpanan pakai 20 orang sahaja, tapi dh 25
 bilangan Calon Simpanan 2013

berdasarkan apa yg admin follow pengambilan jawatan admin ne baru ranking No.9
boleh rujuk kat sini
Calon Berjaya 2013 dan Calon Simpanan berjaya 2015

tu je yang dapat admin kongsi.. admin lagi haru bila tengok Pen.Pegawai Tadbir yg jumlah simpanan sehingga 7000 calon. pendapat admin yg atas 1500, jangan mengharap sangat nnti frust.


u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Thursday 29 January 2015

Calon Simpanan Lantikan SPA - PENOLONG PEMERIKSA KILANG DAN JENTER GRED J29

Entri kali ini berkaitan dengan status Calon Simpanan Lantikan SPA bagi jawatan Penolong Pemeriksa Kilang Dan Jentera Gred J29. Pada 1 Jan 2015 status urusan terlah berubah kepada Tiada Urusan Pengambilan, terus terkejut.. why? why? bila tengok dekat entri dan forum cari di web site rata-rata semua status berubah. tetapi untuk maklumat semua sistem SPA sedang dikemas kini, dan status Simpanan masih lagi Valid di Pihak SPA.

Hati masih tidak puas, akhirnya aku panjat bangunan SPA, terlanjur nk uruskan permohonan Staf kat office ne.Jawapan tetap sama masih Valid dalam simpanan mereka dan tamat pada 30 Jun 2016.
Orang kata sambil menyelam minum air, so aku ambil kesempatan untuk bertanyakan jawatan simpanan aku Pen.Pemeriksa Kilang dan Jentera gred J29, Pengambilan akan di buat tahun ini, sekarang dalam proses semakan di peringkat SPA, mengikut apa yang di khabarkan kekosongan sebanyak 22, untuk 4 bidang iaitu :

1. Kejuruteraan Awam = 7 kosong
2. Kejuruteraan Makenikal = 5 Kosong
3. Kejuruteraan Jentera = 5 Kosong
4. Kejuruteraan Kimia = 5 Kosong

Ulangan sekarang di peringkat semakan yang meliputi :

1. Mengikut Skim
2. Bidang pengkhususan
3. Mengikut Jantina
4. Mengikut CGPA
5. Calon Pilih Jabatan Yang berkhidmat di jabatan berkenaan.

Dijangka surat akan di terima pada bulan Mac 2015. Bagi calon-calon yang simpanan lantikan yang dapat tinggalkan lah comment kat bawah ne.. blh share apa2 info :

u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Monday 18 August 2014

Calon Simpanan / Simpanan Lantikan


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

 Assalammualaikum dan selamat pagi

Admin nak cerita sikit pasal calon simpanan / simpanan lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.. sebenarnya admin sudah tahu berkenaan dengan status calon simpanan. tapi kali ini admin nak share info yang admin dapat dari follower HTag Korasa.

Transformasi sebelum ini telah menyatakan bahawa mulai 1 Jun 2012 tempoh sah laku calon simpanan bukan lagi setahun sebaliknya sehingga calon dilantik tetap. Tetapi transformasi tersebut telah dipinda pada Mesyuarat Bil. 23/2014 (2673) yang telah diadakan pada 30 Jun 2014 yang menyatakan calon simpanan akan dilantik tetap mengikut keperluan semasa dan tempoh had masa yang ditetapkan adalah selama DUA TAHUN.




Oleh itu, bagi urusan/status calon simpanan yang diluluskan pada 01/06/2012 sehingga 30/06/2014, tempoh sah laku akan tamat pada 29/06/2016.

Simpanan lantikan / Calon simpanan akan ditawarkan lantikan mengikut Turutan Kebolehan (ranking) yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya ini sekiranya berlaku kekosongan ataupun dijadikan calon ganti apabila terdapat calon yang tidak melaporkan diri. Ia juga turut bergantung kepada kekosongan jawatan di sesebuah jabatan/kementerian. Jika ada permohonan dari jabatan/kementerian untuk pengisian jawatan maka SPA akan mengisi kekosongan tersebut dengan calon simpanan. Calon simpanan boleh membuat permohonan baru dan tidak membatalkan status calon simpanan. Oleh itu, pastikan alamat dalam Bank Data Berkomputer SPA adalah terkini supaya memudahkan urusan, jika ditawarkan pelantikan ke jawatan tetap.


u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Wednesday 23 April 2014

Surat Lantikan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17

Morning Ouls...

Mood happy lah konon... hihi akhirnya penantian sesebuah cerita berakhir dengan satu utusan yang mengujakan. Semalam admin dah terima surat lantikan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) dan Jabatan Perkhidmantan Awam(JPA). Selama 5 bulan menjadi calon simpanan / simpanan lantikan akhirnya berjaya juga mendapat lantikan, pada kawan kawan yang masih dalam simpanan lantikan harap bersabar pasti ada sinar menanti.. cehhh..


KRONOLOGI SIMPANAN LANTIKAN

JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17


TEMUDUGA : 23 / 10 / 2013
KEPUTUSAN TEMUDUGA : 2 / 12 / 2013 (SIMPANAN LANTIKAN)
SPA CALL : 17 / 3 / 2014
STATUS URUSAN BERUBAH : 19 / 3 / 2014
SURAT TAWARAN SPA DAN JPA : 22 / 4 / 2014
LAPOR DIRI : 1 / 6 / 2014


tu dia maklumat yang admin boleh kongsi mana tahu boleh menjadi rujukan pada korang semua.. ade ke yang dapat jawatan sama admin, klu ade komen lah sikit kat bawah tu.. admin tak kena kan bayaran pun FOC katanyaaa...

nak cerita pula pasal kandungan yang terdapat di dalam surat tu..

1. Surat lantikan dari SPA
2. Borang Akuan Sumpah
3. Borang Laporan Perubatan
4. Maklumat pegawai perkhdimatan gunasama am persekutuan
5.Surat tawaran dari JPA berserta tempat krusus


no.1 hingga 3 tu adalah surat dari SPA dia tak sertakan sekali surat setuju terima lantiakan jadi kena lah print sendiri di protal spa bahgian setuju terima lantikan. bagi No.4-5 ne ne dari JPA so kena isi lah dan baca arahan betul2.. penempatan dia akan bgtahu selepas habis krusus.. krusus admin kat Bukit Tinggi, Pahang, ade yang sama tak?

okeylah tu sahaja yang dapat admin kongsi pada korang semua...



u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Tuesday 21 January 2014

Apa Itu SIMPANAN LANTIKAN SPA !!!!!!!!!!!!!

Haiiii.. semua, pasti ramai yang tertanya apa itu SIMPANAN LANTIKAN SPA. Kalau siapa yang pernah pergi interview spa dan mendapat status urusan ini pasti tertanya-tanyakan. termasuk lah diri ini. Pelik juga kan sebab sebelum ini status urusan hanya akan tertera CALON SIMPANAN selama satu tahun.

Ada juga bermacam Fakta dan jawapan yang diterima oleh adam dekat Bloger dan Facebook antaranya :

1. Simpanan Lantikan sebenarnya adalah dari Calon Simpanan. Pihak SPA telah mengUPDATE sistem. tu yang status urusan berubah, tetapi maksud tetap sama, cuma sekarang semua calon simpanan akan dilantik tetap dan tiada tempoh. (boleh rujuk dekat entry sebelum ini)

2. Ade juga andaian yang berkata mcm ne..( ikut turutan?)

    Calon Simpanan -> SIMPANAN LANTIKAN -> Lantikan Tetap

Tetapi terlalu awal untuk kita berkata betul atau tidak yang pasti korang kena lah Call pihak SPA sendiri untuk mengesahkannya..


Yang ini SAH dari Pihak SPA..

Urusan pertanyaan dari Pihak SPA




Info Ibu Hamil Taip Minggu

pada wanita yang hamil untuk kali pertama mesti ada rasa teruja untuk tahu perkembangan bayi dalam kandungan. untuk pengetahuan wanita yan...