Friday 3 January 2014

Interview Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred w17



Selamat Tahun Baru.. ramai betul bloger-bloger yang update pengalaman temuduga di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA), jadi adam pun hendak kongsi serba sedikit pengalaman adam semasa menghadiri temuduga tersebut.

Surat Pangilan Temuduga
Okey.. bila dapat je pangilan tahu pangilan temuduga, memang seronok giler mana tak nya susah tau nak melepasi tapisan SPA. Perkara pertama yang adam buat, adam baca surat pangilan tu dan fahamkan apa yang di kehendaki. so sediakan lah semua dokumen-dokumen lengkap. siap semua urusan berkenaan kena cari maklumat berkenaan dengan Pembantu Tadbir (kewangan).

Perkara pertama yang adam nak cari kat internet :

1. Senarai Menteri
2. Raja-Raja dan Permaisuri Agong
3. Maklumat Jabatan berkenaan
4. Isu semasa - tempatan,dunia,sukan,politik, isu-isu terbaru ( elok baca surat khbar @ internet)
5. Tugas-tugas  PT. Kewangan
6. Buku-buku berkaitan dengan kewangan(cnth: pic kat bawah ne)

Buku ne lah
naik berpinar mata bila tengok buku tu, tebal giler.. dah lah tebal tak bergambar lak tu, adam lak jenis yang tak suka mebaca ne. selak-selak je lah... amik yang rasa penting je.

Pada 23/10/2013 ne, detik yang di nanti tiba. rasa cuak, cemas semua ada. Adam bertolak dari rumah pukul 5.30pagi. yelah duduk jauh kena lah bertolak awal masa interview pukul 8.00 pagi kan.. nak kena rehat setengah jam awal sebelum masuk interview. kalau tak ade rehat mahu gelabah adam.. tak tahu lah adam ne memamg gemuruh kalau pergi mana-mana temuduga. Sampai je Seremban 7.30pagi memang dah buget masa pun sebelum bertolak dari rumah. Sebab nak cari parking dekat wisma persekutuan tu memang susah, tu yang datang awal sikit.

Dengan langkah yang penuh semangat menujulah ke tingkat 3, pejabat tenaga Kerja seremban.. samapi2 je kat sana sorang pun tak ada lagi baik calon, panel penemuduga dan urusetia SPA.. dalam hati terdetik semangat punya pasal amik kau.. tapi apa-apa pun sempat lah adam nak membaca sikit untuk freshkan otak ne. tak lama lepas tu 2,3 orang calon sampai. urusetia pan dah ade.

Haaa.... walau adam datang awal pun, adam dapat No.5 hehe, saje bagi orang lain regester awal, calon pertama masuk dalam 15min.. lepas 15min tu keluar degan muka hampa je.. adam tanya lah apa panel tanya.. sekali kau panel tanya politik+exco2 negeri sembilan dan berkiatan dengan negeri sembilan sikit pun tak tanya pasal kewangan... Amik kau adam haris Bab tu kau x study...

kentalkan hati je adam ne.. lantak kau lah panel nak tanya apa pun.. sebab adam tak harap sangat jawatan ne, sebab tahu tak dapat. kira dh berserah abis ne sebelum masuk.. haa tiba lah turn adam... tuk.. tuk... (ketuk pintu) dan beri salam.. sedikit senyuman dilemparkan dengan harapan di balas balik.. Perghhhhhh.... ketat siuttt muka Panel tu...

Panel SPA : Sila duduuk
adam :terima kasih tuan
Panel SPA : perkenalkan diri anda
Adam : Nama adam haris bin Ahmad tarmizi ...... bla.. bla.. bla...
(tips : masa perkenalkan diri kalau boleh cerita bagi lengkap, panjang dan padat jangan sampai panel tegur lagi.. lagi.. lagi.. sebab pendek sangat)
Panel SPA : Awak gementar ye.. Awak ne lelaki kenapa gementar..
Adam : senyum je ( dalam hati dah semula jadi mcm ne kalau g temuduga nak buat macam mana geram je stmnt Panel SPA tu)
Panel SPA : awak ade Diploma kenapa tak mohon jawatan diploma..
Adam : ya, saya mempunyai diploma Kej. Awam.. Status permohonan saya untuk memohon jawatan diploma sering kali tidak melepasi Syarat Semasa SPA. ( amik kau, kau yang tak nak bagi aku kan amik je lah sy SPM)

Panel Jabatan : ada pengalaman berkaitan dengan kewangan?
adam : maaf tuan, saya tidak mempunyai pengalaman berkaiatan degan kewangan.. tapi saya pengalaman berkaitan degan pembelian barang.
Panel jabatan : Pembelian tu kira kewangan lah...
adam haris : (haaaa.. sure bengang panel tu degan jwpn aku tu haaaa)
 Bla.. Bla...


habis 30min... perghh lama semput + haus aku nk menjawab soalan dari panel tu... so tunggu result pada 2/12/2013

tu lah cerita adam.. apa yang adam boleh kongsi adalah :

1. Baca surat pangilan sampai Faham.. takut ada kesilapan.. kalau ragu-ragu call je pihak SPA
2. Cari maklumat berkaitan dengan Jawatan yang anda di temuduga.
3. Buat senarai semak sebelum pergi temuduga.
4. Pakaian yang anda pakai (bagi lelaki jgn pakai baju yang terang sangat dan warna pink / pupple sebab kearah keperempuanan ops!! kalau nak pakai jugak lantak korang)( bagi perempuan better baju kurung nampak sopan tapi jangan warna terang dan banyak sangat bunga.. serta kasut bertutup.)
5. Masa jawab soalan dari panel tu
- pastikan tidak lari pada soalan yang ditanya.
-confident sikit, salah tak pe.. sebab dia nak tengak tahap keyakinan anda..
- jujur itu penting (tapi bergantung pada jawatan yang ditemuduga kan) sebab ade sesetengah jawatan kena jadi pelastik.....
- susuan ayat, tatabahasa dll.( kena buka buku SPM yer)
6. solat hajat sebelum temuduga dan selepas temuduga
7. doa banyak2.

itu sahaja kot...

ne result adam....

calon simpanan je..

Penjelasan









cuba tengok yang kotak merah tu... TEMPOH SAH LAKU CALON SIMPANAN BUKAN LAGI SETAHUN SEBALIKNYA SEHINGGA CALOAN DILANTIK TETAP...

#tag.. KO RASA?















24 comments:

  1. assalamualaikum adam.. nak tanya.. mcm mana nak cek maklumat jawatan tu ek? yg ada bil dipangil temuduga.. jumlah kekosongan dan calon simpanan.. mohon dberitahu la ye.. dah cari x jumpa..

    ReplyDelete
  2. w'salam.. ribuan terima kasih kerana sudi membaca blog sy ini.. untuk mengatahui jumlah calon yang dipanggil dan sebagainya :-

    1. pergi ke website SPA
    2. cari item aplikasi online
    3. klik "MAKLUMAT URUSAN PENGAMBILAN(STATISTIK)
    4.lihat jawatan yang di panggil temuduga..
    5. klik pada column/baris ke-3 iaitu statistik. (LIHAT)

    ReplyDelete
  3. terima kaseh banyak2 en. adam.. sy dah jumpa apa yg sy nak cri.. tq.. sy d panggil utk temuduga bgi jawatan W17.. temuduga diadakan pada bulan puasa.. harap rezeki kali ni ada.. apa2pun terima kasih en. adam :)

    ReplyDelete
  4. salam adam nak tanya saya dapat temuduga spa untuk jawatan ni tapi saya tak tau saya dpt untuk agensi atau jabatan apa. macam mana nak check?

    ReplyDelete
  5. salam, berkenaan dengan agensi/jabatan.. yg ne kebiasaannya bergantung kepada JPA... macam saya baru-baru ne.. sy dapat tau jabatan/agensi ne selepas tamat krusus latihan asas PTW17.. pihak jpa akan maklumkan kementerian yg kita dpt.. so lapor diri kat kem. berkenaan.. di putrajaya.. di kementerian pihak dia akan letak kan kita kat bawah jab./agensi..

    ReplyDelete
  6. contoh resume ada tak. boleh kongsi??

    ReplyDelete
  7. pokku ku.. ok ne link contoh format resume sy..

    http://htagkorasa.blogspot.com/2014/07/contoh-resume.html

    ReplyDelete
  8. admin...
    saya nak tanya...
    bulan julai ne saya akan menghadiri temuduga PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W17 (jabatan perkhidmatan awam)...
    apakah agensi-agensi dibawah seliaan JPA?? bagaimana dengan penempatan calon yang berjaya untuk jawatan ini?? terima kasih...

    ReplyDelete
  9. ok.. yg dpt bawah JPA, bnyk sgt.. jd sy serta kan link ne : http://ms.wikipedia.org/wiki/Jabatan_dan_Agensi_kerajaan_Malaysia atau http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/12071-senarai-jabatanagensi-kerajaan-persekutuan.html

    bagi calon yang berjaya penempatan, pihak SPA akan hantar maklumat kita ke JPA, so JPA yang akan urusan.. penempatan akan diberitahu selepas menghadiri krusus pengenalan asas.

    ReplyDelete
  10. salam admin..
    boleh kongsi soalan yg ditanya semasa temuduga tak..?untuk rujukan nanti...
    tq..

    ReplyDelete
  11. sy pun lupa dh apa yg di tnya... tp awk baca lah buku yg warna biru tu.. semua ada kat dalam.. aturcara kewangan..

    ReplyDelete
  12. hai admin...
    apa tips yg admin boleh kongsikan dalam temuduga pembantu tadbir kewangan??
    TQ

    ReplyDelete
  13. tips untuk jawatan ne.. yg boleh admin kongsi adalah KEJUJURAN.. jawatan ne melibatkan duit.. jujur itu sgt dititik beratkan.. if kalau jawab soalan... kena yakin, kalau tak tahu. jangan menipu..
    cakap je " MAAF en sy tak tahu"

    sebab admin memang belajar bukan background kewangan, dulu admin belajar kejuruteraan, so admin bnyk ckp tak tahu..

    masa last sekali tu kalau di tnya ada apa2 soalan.. sila lah up diri korang.. jgn terlalu bagus dan angkuh.. biasa2 sudah..

    ReplyDelete
  14. Salam saudara, sye nak tanye ape yang saudara bagitau dkt penemuduga tu wkt saudara perkenalkan diri? terima kasih...

    ReplyDelete
  15. w'salam..

    sy, memperkenalkan nama, umur, keluarga,tempat lahir,tempat tinggal, pendidikan,pengalaman kerja.

    pastikan ringkas dan padat..
    jgn terlalu panjang dan jgn terlalu pendek..

    ReplyDelete
  16. As Salam..
    mesti neves time nk interview kn? sy pn dpt jwtn ni jgk interview rabu nie.wish gud luck with me...

    ReplyDelete
  17. Salam.. sy nak share sikit, baru lepas interview smlm.
    Antara soalan-soalan :
    1) Apa yang awk faham tentang Integriti?
    2) Isu Semasa : GST, boleh awk terangkan ? (Kebaikan GST)
    Selain dari tu, soalan berkenaan diri sendiri je:
    3) Kenapa awk berminat nak kerja kerajaan?
    4) Bg yg dah berkahwin: Jawatan ini terdapat di seluruh semenanjung.. sanggup ke berpindah?
    5) Kalau dah keje: Gaji yang ditawarkan kerajaan ni lebih rendah dari swasta.. kenapa awk nak kerja dengan kerajaan?
    Kebanyakkan soalan yang ditanya berdasarkan resume dan sijil yg kita bawa tu.. Kalau fresh graduate.. diorang tanya tentang subjek2 yang korang study tu..

    ReplyDelete
  18. Terima kasih En. Adam, sebelum pg intebiu bulan july lepas, saya ada baca tips disini. Terima kasih sekali lagi.

    So skrg ni En. Adam dah dilantik tetap ke? sbb saya pon calon simpanan jgk..harap2 ada harapan dilantik tetap.

    ReplyDelete
  19. anonymous :
    sy interview tahun lepas dan sudah dilantik tetap pada bulan 6 2014..
    bg yg interview 2014, dan calon simpanan.. in sya Allah.. kalau ada rezeki tak kemana...

    ReplyDelete
  20. saya nak tanya tentang penempatan W17.penempatan
    biasanya akan ikut alamat surat menyurat atau alamat tempat tinggal pasangan?
    dah lapor diri kat kememterian yg dapat tu.lpas tu boleh pilih negeri mana yg kita nak ke?

    ReplyDelete
  21. ARFAH ARIFFIN

    penempatan W17 tidak mengikut alamat surat menyurat/tempat tinggal sebaliknya mengikut kekosongan kem/jab/agensi... pengalaman sy semasa penempatan bagi yg sudah berkelurga/OKU penempatan akan diberikan berhmpiran dgn suami/kelurga bergantung juga pada kekosongan jab/kem/agensi.. apa2 rayuan/budi bicara boleh di buat kepada kem. yg anda ditempatkan...

    ReplyDelete
  22. saya dipanngill temudduga 5 hari sebelum tarikh.
    ade degree..tapi dipanggil tuk position ni.
    kalo saya pergi..mesti tak dipilih..wuaaa

    ReplyDelete
  23. fatirah : tak juga, ia bergantung pada rezeki, yg penting kita mesti pandai takle panel.

    ReplyDelete
  24. Interview spa pembantu tadbir (kewangan) w17:
    Soalan dtnya arini
    - pengenalan diri,pndidikn,pglaman keje
    - tentang rasuah di jabatan kerajaan
    - ketua setiausaha negara
    - menteri kesihatan
    - skop/tugasan ptq w17
    - situasi; boss bg keje luar skop, boss hempas fail ats meja, mrh2 bkn sbb slh kite.
    Semoge bjaye

    ReplyDelete

Info Ibu Hamil Taip Minggu

pada wanita yang hamil untuk kali pertama mesti ada rasa teruja untuk tahu perkembangan bayi dalam kandungan. untuk pengetahuan wanita yan...