Showing posts with label Melancong. Show all posts
Showing posts with label Melancong. Show all posts

Sunday 20 April 2014

3th Days _ Trip Ho Chi Minh



Hari ketiga kami tidak ke mana mana kerana hari ne adalah hari terakhir kami di bumi Saigon. Selepas sarapan pagi ini lah untuk kami packing barang barang yang telah dibeli. Flight kami berangkat pulang dari Ho Chi Minh pada jam 3.15pm. jadi kami perlu bergarak awal untuk check-in dan perlu berada 2 jam awal sebelum flight berlepas. 

Sepanjang saya berada di bumi Vietnam ini, banyak perkara yang boleh saya lihat dan faham berkaitan dengan adat budaya mereka. Betul kata perpatah " menimba ilmu biar sampai ke negara China"






u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

2nd days _ Trip Ho Chi Minh

Agenda hari kedua ne agak santai sahaja disebabkan barang yang kami beli semuanya telah diperolehi di Bhin Tay Market dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di Ben Thanh Market. Lokasi pada hari kedua hanya tertumpu di sekitar jalan Ben Thanh Marjet dan Ben Thanh Market yang juga amat dikenali oleh rakyat Malaysia.  Di sekitar ini juga terdapat hotel dan kedai makanan halal so tak perlulah risau bagi sesiapa yang ingan datang ke ho chi minh untuk membeli belah

Hadapan Ben Thanh Market

Dalam Ben Thanh Market


Suasana di Ben Thanh Market serupa di Bhin Tay Market yang agak unik disini peniaga disini ade yang fasih berbahasa melayu dan english jadi tidak perlu risau untuk berkomunikasi. Bagi mereka  yang hanya membawa sedikit matawang vietanam (VND) anda tidak perlu risau kerana disini pengunaan matawang Ringgit Malaysia (MYR) dan Dollar (USD) sangat meluas. Di sini juga terdapat Money Change yang terletak berhadapan dengan Ben Thanh Market jika ingan menukar matawang



.



u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

1st Day _ Trip Ho Chi Minh


Pertama kali menjejaki kaki di bumi Ho Chi Minh merupakan satu perasaan yang sangat teruja apa tidaknya, ini pengalaman yang pertama mengembara di bumi Allah ini. Penerbangan dari Airport Changi,Singapore mengambil masa selama 1jam jika tidak berlaku sebarang masalah teknikal atau sebagainya. Ketibaan saya di Airport Ho Chi Minh bagaikan satu ketidak percayaan, apa tidaknya ini kali ke-4 saya dan kawan2 membuat perancangan dan akhirnya tanggal 10 April – 12 April 2014 merupakan tarikhnya. Selesai je Check-in dibalai ketibaan Ho Chi Minh kami bergegas untuk mendapatkan teksi

Teksi yang kami naiki


Vinasun Taxi merupakan pilihan kami, teksi ini adalah hak milik kerajaan Vietnam. Perjalanan untuk sampi ke tempat penginapan kami lebih kurang setangah jam dengan bayaran yang dikenakan sebanyak 165,000 VND. Sepanjang perjalanan menuju ke hotel apa yang menjadi tumpuan admin adalah Trafik Management dan Sistem bekalan tenaga elektrik.  Hotel yang kami menginap adalah Hoang Lien Hotel, hotel ini agak jauh sedikit dari Ben Thanh Market tempat yang menjadi tumpuan pelancong untuk membeli belah.

Peta Hotel dan Ben Thanh Market

Trafik Management di Ho Chi Minh


Sistem Elektrik Berselirat


20min adalah masa yang di ambil untuk kami meletakkan beg di bilik. Habis segala urusan di bilik tepat pertama yang kami ingin kunjungi adalah Bhin Tay Market. Bhin Tay Market terletak jauh di tempat kami menginap, kami terpaksa berjalan kaki untuk mendapatkan perkhidmatan bas. Stesen bas ini terletak di Ben Thanh Market dan bersebelahan round Round. Bus yang kami naiki itu tertera NO.1 yang akan membawa kami ke Bhin Tay Market atau stesen Bus yang terakhir. Bayaran yang dikenakan adalah 5,000 VND.

Stesen Bas ke Bhin Tay Market

Bhin Tay Market, merupakan pusat membeli belah ataupun membeli secara borong. Suasana dan barang yang di Bhin Tay Market serupa dengan Ben Thanh Market yang beza disini adalah harga yang ditawarkan lebih murah berbanding di Ben Thanh Market. Disini rata-rata perniaga tidak fasih berbahasa melayu dan English jadi bila membeli ibarat “Itik dan Ayam” hehehe… 

Hadapan Bhin Tay Market









Pada sebelah malam pula agenda seterusnya kami akan ke Night Market yang terletak diluar  Ben Thanh Market.. Suasana semasa para perniaga untuk mendirikan atau membuka kedai amat luar biasa jarang dapat dilihat di sesetengah negara yang modan dan membangun. Mereka hanya mengunakan motosikal dan tenaga untuk menolak muatan yang boleh diangarkan beratnya mungkin melebihi 100kg. Suasana Night Market lebih kurang sama degan Pasar Malam di Malaysia yang membezakan adalah barang yang diniagakan dan juga harga yang ditawarkan.







u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Info Ibu Hamil Taip Minggu

pada wanita yang hamil untuk kali pertama mesti ada rasa teruja untuk tahu perkembangan bayi dalam kandungan. untuk pengetahuan wanita yan...