Showing posts with label tips.. Show all posts
Showing posts with label tips.. Show all posts

Tuesday 22 April 2014

Tips2 Bercuti D' Ho Chi Minh

Bagi meraka yang akan bercuti ke Ho Chi Minh akan datang kat sini admin ada sediakan tips2 yang perlu disediakan atau di buat bagi mengelakan perkara yang tidak di ingini berlaku sebelum,semasa
dan ketika bercuti. Antara perkara yang perlu dititikberatkan dalam bercuti ini adalah :

       Tiket Penerbangan
-          Nampak senang tapi kadang2 hampir terlupa asaip dok berangan je kan.. okey pastikan tiket telah di booking sebelum bercuti dan pastikan tarikh, masa berlepas dan terminal berapa anda perlu berada.
  Tempat Menginap (Hotel)
-          Haa.. yang ne penting, klu tak booking kat mana lak nak bermalamkan.
3       Matawang
-          Yang ne korang kena amik tau sikit klu kat HCM matawang yang digunakan adalah VND/Dong, tetapi kat sana juga boleh diterima pakai matawang dollar(USD) dan Ringgit Malaysia(MYR) jadi korang tak perlu risau..
4      Cari maklumat berkaitan tempat anda ingin bercuti
-          Yang ne pun bagi meraka yang bercuti secara individu atau bersama kawan. Yang pergi bersama tour travel tak perlu kot sebab ada yang akan maklumkan. Okey sebelum pergi tu korang cari lah maklumat di internet selalunya maklumat HCM dah banyak dekat BLOG2, dh ramai dh org kita ke sana.
5     Alamat / No. Duta Malaysia di sana.
-          Yang ne bila korang berlaku apa-apa yang tidak dingini spt hilang PASPORT.

Alamat : Consulate General Of Malaysian, HCMC
                1208 Me Linh Point Tower
                No.2, Ngo Duc Ke Street
                Distric 1, Ho Chi Minh City

Tel. : 848-38299023 / 848-3829 3132
6       Tempat Simpan duit
-          Yang ne sangat penting sebab kat sana ari tu ada amoi Vietnam cakap kat HCM ne ada penyangak duit jangan simpan 1 tempat je.. simpan lah bnyk tempat.. dalam kocek,beg,dll..
7       Pasport
-          Yang ne take note yer.. sebelum pergi tu buat salinan passport contoh : buat fotocopy, snap simpan dalam handfone dan simpan dalam email..
8       Melintas jalan
-          Bab ne korang mesti tak sangka, ingat sama macam kat Malaysia je kan.. sorry okey kat sini lain.. bagi meraka yang baru sampi mesti terkejut so klu nak melintas tu kena yakin kli tak yakin jangan melintas.. sebab kat sana semua jalan boleh masuk bab kata kawan admin jalan kat sini bukan 2 way lagi tp ALL WAY.. haaaa
9       Membeli belah di HCM
-          Kalau sebut je Membeli wahh bukan main lagi yer.. tapi kena ingat tau dan kena pandai, kat sini korang kena beza kan harga mengikut matawang.. so dalam fone korang tu download lah software Currency Conveter.. seriously guna duit USD lagi murah.
-          Yang ne korang kena pandai tawar menawar, klu agak2 barang di mahal atau lebih kurang harga kat Malaysia korang tak yah lah beli dan mintak tawar kalau dia tak nak bagi harag yang korang mintak.. so angkat kaki bla je dari situ bnyk lagi kedai yang jual benda sama. Tapi bila dh bla  tu dia panggil balik bagi harga yang korang nak.. heheh tu lah trick.. (jgn loby sampai harga tak loji dh)
-          Yang ne tak berapa best, aku kena dekat night market, bagi harga baju kameja Polo mahal giler sampi RM120.00 pastu tak nak beli sekali dia tarik baju mcm nak gaduh, klu tangan tarik sampai sakit. Ne korang jangan takut, lawan je.. seriau tau adalah lah sikit…
1     Packing
-          Time balik ne mesti lah seronok kan habis dh tempat semua g.. so bab paking ne korang kena amik tau sikit.. ingat barang apa yang korang beli dan masukan.. takut nanti sampai je Malaysia, dua tiga barang taka de.. so nak senang korang beli tali, atau grip plastic.. contoh macam kat Mydin korang dh beli barang pastu nak masuk balik Mydin tu mesti beg plastic yang dibawak dari luar di ikat..

Rasanya itu sahaja kot yang terlintas kat otak ne berkenaan tips2 sebelum,semasa dan ketika bercuti di Ho Chi Minh..



 u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Info Ibu Hamil Taip Minggu

pada wanita yang hamil untuk kali pertama mesti ada rasa teruja untuk tahu perkembangan bayi dalam kandungan. untuk pengetahuan wanita yan...