Showing posts with label surat. Show all posts
Showing posts with label surat. Show all posts

Tuesday 22 April 2014

Contoh Surat Pelepasan Jawatan

Bagi mereka yang tercari-cari contoh surat pelepasan jawatan kat sini admin ada sertakan contoh surat pelepasan. surat ini khusus bagi penjawat awam yang mendapat tawaran berkhidmat di perkhidmatan lain dan bertukar gred jawatan.




Adam Haris Bin Ahmad Tarmizi
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
77000 Seremban
Negeri Sembilan


Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Awam
236749 Putrajaya
Wilayah persekutuan Putrajaya
Malaysia


Tuan/Puan

PELEPASAN JAWATAN DENGAN IZIN BAGI JAWATAN (JAWATAN SEKARANG)


Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk

2.         Saya Adam Haris Bin Ahmad Tarmizi (123456-78-9012) JAWATAN SEKARANG yang sedang berkhidmat di TEMPAT KERJA SEKARANG dengan ini memohon untuk melepaskan jawatan dengan izin bagi membolehkan saya menjawat jawatan baru iaitu JAWATAN BARU. Tarikh pelepasan jawatan dengan izin ini berkuatkuasa dengan tarikh saya melapor diri ke jawatan baru. Bersama- sama dengan ini, saya sertakan lampiran surat panggilan untuk melapor diri untuk tindakan tuan/puan.

3.         Segala kerjasama dan perhatian tuan berhubung dengan perkara ini amatlah saya hargai


Sekian, terima kasih




………………………………………




 




u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Info Ibu Hamil Taip Minggu

pada wanita yang hamil untuk kali pertama mesti ada rasa teruja untuk tahu perkembangan bayi dalam kandungan. untuk pengetahuan wanita yan...