Friday 20 June 2014

Status Urusan berubah - Pembantu tadbir (Kewangan) Gred W17

Assalammualaikum... salam penghulu hari...

Apa khabar hari ne? harap sihat hendaknya. Hampir 2minggu admin berada di Negeri Selangor yang aman sekali.. just air je yang tak aman.. #Catuan Air katakan.. Post kali ne masih lagi berkenaan pangilan temuduga.. Admin pun tak mahu cakap banyak2 ayat sama je dengan entry yang lepas-lepas,cuma beza disini adalah jawatan yang ditawarkan sama dengan jawatan yang admin berkerja sekarang. Jadi admin nk tunjukan status urusan berkenaan..




                       WILL BE UPLOAD
                                      MELEPASI SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN


berubah kepada - TELAH DITAWARKAN KE JAWATAN YANG SAMA
sila tengok dibawah..

lihat kotak merah tu

So kepada calon yang dapat panggilan temuduga berkenaan admin ucapkan tahniah. Admin telah bagikan 1 tempat kosong kepada awak yang hadir temuduga berkenaan.. Kalau ada yang nak dapatkan soalan-soalan berkenaan temuduga berkenaan boleh tinggalkan komen anda, nanti admin akan balas..
 

u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Sunday 15 June 2014

Temuduga Ujian Fizikal Penolong Pegawai Siasatan Gred P29

Mesti yang tension je dengan admin ne kan, mana taknya dia je yang dapat pergi interview goverment, nak petua dari admin ke? admin sebenarnya takde pun petua apa-apa yang nk di kongsi, semua itu rezeki yang datang dari Allah yang telah ditentukan sejak azali lagi.

Kali ne admin dapat lagi pangilan interview dalam bulan Jun 2014 untuk jawatan Penolong Pegawai Siasatan(Kej. Awam) Gred P29. tapi kali ne pun nasib tak menyebelahi admin seperti mana jawatan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Gred S27. masih lagi situasi yang sama admin kena lapor diri di Kementerian/Jabatan. terkilan tu adalah sikit tapi apakan daya rezeki tidak ada.. tak pe next year cuba lagi.
admin tak nak cite banyak admin nak share surat pangilan temuduga.

Melepasi Syarat


Penjadualan temuduga

surat Pangilan temuduga
Keputusan Ujian Fizikal Penolong Pegawai Siasatan Gred P29

keputusan temuduga
Admin tak hadir temuduga berkenaan..

u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Temuduga PAC Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Gred S27

 Wahh!!!! seronok sangat dapat macam-macam pangilan Interview tahun ne.. Sebelum ne kurang sikit, Jawatan kali ne agak sesuai dengan jiwa Admin jadi admin nak kongsi sikit berkenaan Jawatan berkenaan..

korang boleh klik link ne.. Pen.Pegawai Belia Dan Sukan
Admin dapat tahu masa admin pergi Krusus Pengenalan Dan Asas Pembantu Tadbir (kewangan) Gred W17 Lantikan Baru. Klik Sini. Bila tengok tarikh interview tu 11 Jun 2014 bersamaan hari Selasa.. aduhh jatuh pada minggu admin Lapor Diri Jawatan Pembantu Tadbir (kewangan).. perasaan time tu kecewa lah banyak.. tapi apa kan daya bukan rezeki Admin.. mana tahu next time ada lagikan..
So admin ambil keputusan tidak hadir untuk temuduga berkenaan. tapi admintak risau semenjak SuruhanJaya perkhidmatan Awam membuat Tranfomasi baru, mana-mana calon yang tidak hadir temuduga tidak disenari hitam.. Amin..

ne sedikit maklumat yang boleh admin kongsi ---->

Melepasi Syarat..
Penjadualan PAC

Surat untuk PAC
  Jadi admin dh tahu lah.. keputusan admin " TIDAK HADIR TEMUDUGA"
admin bagi peluang kat rakan-rakan yang layak...






u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Saturday 14 June 2014

Krusus Pengenalan Dan Asas Pembantu Tadbir (Kewangan)Gred W17 Lantikan Baru


Pada yang mengikuti Blog HTag Ko Rasa pasti tahu serba sedikat berkenaan dengan tajuk entry kali ini. Seminggu telah berlalu baru lah admin dapat menSemakan diri menulis tajuk ne, Al-maklumlah sibuk melapor diri dan mencari bilik sewa. Sebelum tu admin hendak share cerita berkenaan krusus berkenaan..

1 Jun 2014, Ahad.. tepat jam 8.35pagi admin sampi di perkarangan bangunan Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia di Putrajaya. Turun sahaja kaki dari kereta, perkara pertama admin tengok belon udara kat atas awan tu.. nak snap gambar tak sempat lak. Admin terus je salam akak admin dan bergegas ke lobi JPA untuk pendaftaran tanpa ditemani oleh sesiapa.

Bagunan JPA-Tempat Pendaftaran-

Waktu Pendaftaran

Masa pendaftaran dijalankan admin sempat juga tengok jumlah calon lelaki.. aduhh dukacita admin bila tengok lelaki masa pendaftaran tak sampi 10 orang. Begini lah nasib kaum lelaki bila di sektor awam jumlahnya begitu kecil sekali. Lepas sahaja pendaftaran terus je bergerak menuju ke tempat menungu bus. Admin naik bus No.2 yang telah ditetapkan semasa pendaftaran. Sebelum naik bus tu sempat juga admin berkenaalan dengan seorang peserta krusus , nama peserta berkenaan adalah Zairi (Penghulu krusus, tak sangka jadi penghulu)
Tempat Krusus_Bukit Tinggi, Pahang

1jam setengah masa yang diambil untuk sampai ke Instistut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Bukit tinggi Pahang. Masa check-in tu admin satu bilik dengan Imran dari Johor. Petang tu kami ada program ice-breaking dan malam pula taklimat urus setia berkenaan krusus pengenalan. Banyak juga info dan ilmu yang kitaorang perolehi semasa krusus yang dilakukan.
Bagi aktiviti riadah pula perkara yang wajib buat “Tepuk Lalat” macam2 lah EN. Joe ne.. sebelum mula dan akhir sesuatu games mesti tak tinggal tepuk lalat. Apa2 pun semua aktiviti dan ceramah yang di anjurkan oleh JPA sangat menmanfaat serta menghiburkan.

Kumpulan 1_PTW JUN 2014
Part yang paling best Majlis Penyerahan Surat Penempatan, yang ne paling syok.. Sebelum majlis bermula pagi tu ada ceramah berkenaan dengan penjawatan oleh pegawai yang incas PT(kewangan) pegawai berkenaan berulang kali menyebut Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan, dalam hati ne dah dapat agak 2 Kementeriaan ini yang banyak kosong. Aduhhh.. harap tak dapat lah 2 kementerian tersebut. Masa berjalannya penyampaian Sijil dan penempatan nama admin pun dipanggil.. part yang nak tahu sangat terjawab.. KEMENTERIAN DALAM NEGERI.. Omg!! Omg!! Yang tak harap sangat lah dapat, sekali buka Alhmdulilah bukan dengan pegawai yang berunifom.. bukan tak nak, tapi kalau dah takdir apakan daya.. hehehe..
Majlis penyampian sijil dan penempatan tamat.. 11.30 masa untuk bergerak pulang ke Putrajaya, terasa cepat sungguh masa berlalu, boleh ke tambah 1 minggu lagi, seronok sangat.. hehe..

Stop sampi sini je.. tak tau nak tulis apa lg.. hehehe BYe...

kepada Intake Jun 2014, semoga Sukses, kalau ade yang terbaca tu, maaf kalau ada salah kat mana-mana, korang memang best!!!!!!!!!!!!

Malam Kebudayaan A.K.A Malam Persembahan

Paling Best Poco-Poco

Intake PT(Kewangan) Jun 2014


 u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Info Ibu Hamil Taip Minggu

pada wanita yang hamil untuk kali pertama mesti ada rasa teruja untuk tahu perkembangan bayi dalam kandungan. untuk pengetahuan wanita yan...