Showing posts with label JPA. Show all posts
Showing posts with label JPA. Show all posts

Sunday 12 June 2016

Simpanan Lantikan ke Lantikan Tetap

Assalammualaikum...
Selamat berpuasa semua.. dah masuk hari ke-7 kita berpuasa.. alhamdulilah semua berjalan seperti biasa.. bulan puasa ne bulan yang sangat berkat dan segala doa akan didengar..

admin nk kongsi sikit berkenaan bulan ramadhan yang penuh berkat ne..

Pada tahun 11.11.2013 admin ada hadir interview bagi jawatan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J29.. (  Interview Penolong pemeriksa Kilang dan Jentera )

10.06.2016 admin semak status permmohonan


Pen.Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J29
 
26.07.2016 admin semak selepas sistem update dari Gred J29 ke JA29


Pen.Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29

Status Jawatan admin telah bertukar ke LANTIKAN TETAP... Happy sangat tp dalam pada sama tak sure lagi takut ade masalah sistem kt sana.. jadi untuk mengukuhkan lagi adakah benar admin call bahagian unit tawaran. Alhamdulilah Pn.aziah mengesahkan ia adalah betul dan dimaklumkan 3minggu surat tawaran akan di poskan.. Selagi tak ade hitam putih admin tak yakin gak.. jadinya tunggu lah Surat.. hehe

Alhamdulilah 3 tahun admin tgu akhirnya rezeki bulan ramadhan...

Sekian dari admin.. Selamat berpuasa..

u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Wednesday 23 April 2014

Surat Lantikan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17

Morning Ouls...

Mood happy lah konon... hihi akhirnya penantian sesebuah cerita berakhir dengan satu utusan yang mengujakan. Semalam admin dah terima surat lantikan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) dan Jabatan Perkhidmantan Awam(JPA). Selama 5 bulan menjadi calon simpanan / simpanan lantikan akhirnya berjaya juga mendapat lantikan, pada kawan kawan yang masih dalam simpanan lantikan harap bersabar pasti ada sinar menanti.. cehhh..


KRONOLOGI SIMPANAN LANTIKAN

JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17


TEMUDUGA : 23 / 10 / 2013
KEPUTUSAN TEMUDUGA : 2 / 12 / 2013 (SIMPANAN LANTIKAN)
SPA CALL : 17 / 3 / 2014
STATUS URUSAN BERUBAH : 19 / 3 / 2014
SURAT TAWARAN SPA DAN JPA : 22 / 4 / 2014
LAPOR DIRI : 1 / 6 / 2014


tu dia maklumat yang admin boleh kongsi mana tahu boleh menjadi rujukan pada korang semua.. ade ke yang dapat jawatan sama admin, klu ade komen lah sikit kat bawah tu.. admin tak kena kan bayaran pun FOC katanyaaa...

nak cerita pula pasal kandungan yang terdapat di dalam surat tu..

1. Surat lantikan dari SPA
2. Borang Akuan Sumpah
3. Borang Laporan Perubatan
4. Maklumat pegawai perkhdimatan gunasama am persekutuan
5.Surat tawaran dari JPA berserta tempat krusus


no.1 hingga 3 tu adalah surat dari SPA dia tak sertakan sekali surat setuju terima lantiakan jadi kena lah print sendiri di protal spa bahgian setuju terima lantikan. bagi No.4-5 ne ne dari JPA so kena isi lah dan baca arahan betul2.. penempatan dia akan bgtahu selepas habis krusus.. krusus admin kat Bukit Tinggi, Pahang, ade yang sama tak?

okeylah tu sahaja yang dapat admin kongsi pada korang semua...



u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Info Ibu Hamil Taip Minggu

pada wanita yang hamil untuk kali pertama mesti ada rasa teruja untuk tahu perkembangan bayi dalam kandungan. untuk pengetahuan wanita yan...