Showing posts with label Pembantu Tadbir (kewangan). Show all posts
Showing posts with label Pembantu Tadbir (kewangan). Show all posts

Monday, 15 September 2014

UJIAN MENAIP KEDERASAN 18 P.M.S BAGI PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) DAN (PEKERANIAN/OPERASI)

Sebuat je ujian mesti kecut perutkan, mana tak nya masa depan seseorang bergantung pada keputusan ujian berkenaan. 10 September 2014 hari tu admin menduduki ujian menaip, Admin menduduki ujian berkenaan di tempat kerja.. Tempat Kerja?? mesti pelik kan... bukan korang je admin pun pelik juga sebab kawan2 sama intake admin di Kem.Pertahanan jawab di Putrajaya. Mungkin admin ne istemewa sikit kot hehehe...

Pada dasarnya admin bukan lah laju benar taip menaip ne, terkial2 juga lah.. ye lah kita bukannya PA / SU..
mula2 tu agak Nerves gak, maklum lah tak pernah menaip laju2 dalam 18 patah perkataan dalam masa 1 minit persaat. haru jawabnya...

Sebelum ujian tu adalah pengawas peperikssan terangkan sikit peraturan am semasa menjawab. Dan sebelum bermula ujian berkenaan masa 5min di beri untuk setting format Ujian menaip dalam Microsoft Word seperti :
1. Saiz tulisan Arial 12
2. Line specing 2.0
3. Margins 1.5"

ne admin sertakan contoh soalan admin buat









u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Friday, 20 June 2014

Status Urusan berubah - Pembantu tadbir (Kewangan) Gred W17

Assalammualaikum... salam penghulu hari...

Apa khabar hari ne? harap sihat hendaknya. Hampir 2minggu admin berada di Negeri Selangor yang aman sekali.. just air je yang tak aman.. #Catuan Air katakan.. Post kali ne masih lagi berkenaan pangilan temuduga.. Admin pun tak mahu cakap banyak2 ayat sama je dengan entry yang lepas-lepas,cuma beza disini adalah jawatan yang ditawarkan sama dengan jawatan yang admin berkerja sekarang. Jadi admin nk tunjukan status urusan berkenaan..




                       WILL BE UPLOAD
                                      MELEPASI SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN


berubah kepada - TELAH DITAWARKAN KE JAWATAN YANG SAMA
sila tengok dibawah..

lihat kotak merah tu

So kepada calon yang dapat panggilan temuduga berkenaan admin ucapkan tahniah. Admin telah bagikan 1 tempat kosong kepada awak yang hadir temuduga berkenaan.. Kalau ada yang nak dapatkan soalan-soalan berkenaan temuduga berkenaan boleh tinggalkan komen anda, nanti admin akan balas..
 

u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Saturday, 14 June 2014

Krusus Pengenalan Dan Asas Pembantu Tadbir (Kewangan)Gred W17 Lantikan Baru


Pada yang mengikuti Blog HTag Ko Rasa pasti tahu serba sedikat berkenaan dengan tajuk entry kali ini. Seminggu telah berlalu baru lah admin dapat menSemakan diri menulis tajuk ne, Al-maklumlah sibuk melapor diri dan mencari bilik sewa. Sebelum tu admin hendak share cerita berkenaan krusus berkenaan..

1 Jun 2014, Ahad.. tepat jam 8.35pagi admin sampi di perkarangan bangunan Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia di Putrajaya. Turun sahaja kaki dari kereta, perkara pertama admin tengok belon udara kat atas awan tu.. nak snap gambar tak sempat lak. Admin terus je salam akak admin dan bergegas ke lobi JPA untuk pendaftaran tanpa ditemani oleh sesiapa.

Bagunan JPA-Tempat Pendaftaran-

Waktu Pendaftaran

Masa pendaftaran dijalankan admin sempat juga tengok jumlah calon lelaki.. aduhh dukacita admin bila tengok lelaki masa pendaftaran tak sampi 10 orang. Begini lah nasib kaum lelaki bila di sektor awam jumlahnya begitu kecil sekali. Lepas sahaja pendaftaran terus je bergerak menuju ke tempat menungu bus. Admin naik bus No.2 yang telah ditetapkan semasa pendaftaran. Sebelum naik bus tu sempat juga admin berkenaalan dengan seorang peserta krusus , nama peserta berkenaan adalah Zairi (Penghulu krusus, tak sangka jadi penghulu)
Tempat Krusus_Bukit Tinggi, Pahang

1jam setengah masa yang diambil untuk sampai ke Instistut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Bukit tinggi Pahang. Masa check-in tu admin satu bilik dengan Imran dari Johor. Petang tu kami ada program ice-breaking dan malam pula taklimat urus setia berkenaan krusus pengenalan. Banyak juga info dan ilmu yang kitaorang perolehi semasa krusus yang dilakukan.
Bagi aktiviti riadah pula perkara yang wajib buat “Tepuk Lalat” macam2 lah EN. Joe ne.. sebelum mula dan akhir sesuatu games mesti tak tinggal tepuk lalat. Apa2 pun semua aktiviti dan ceramah yang di anjurkan oleh JPA sangat menmanfaat serta menghiburkan.

Kumpulan 1_PTW JUN 2014
Part yang paling best Majlis Penyerahan Surat Penempatan, yang ne paling syok.. Sebelum majlis bermula pagi tu ada ceramah berkenaan dengan penjawatan oleh pegawai yang incas PT(kewangan) pegawai berkenaan berulang kali menyebut Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan, dalam hati ne dah dapat agak 2 Kementeriaan ini yang banyak kosong. Aduhhh.. harap tak dapat lah 2 kementerian tersebut. Masa berjalannya penyampaian Sijil dan penempatan nama admin pun dipanggil.. part yang nak tahu sangat terjawab.. KEMENTERIAN DALAM NEGERI.. Omg!! Omg!! Yang tak harap sangat lah dapat, sekali buka Alhmdulilah bukan dengan pegawai yang berunifom.. bukan tak nak, tapi kalau dah takdir apakan daya.. hehehe..
Majlis penyampian sijil dan penempatan tamat.. 11.30 masa untuk bergerak pulang ke Putrajaya, terasa cepat sungguh masa berlalu, boleh ke tambah 1 minggu lagi, seronok sangat.. hehe..

Stop sampi sini je.. tak tau nak tulis apa lg.. hehehe BYe...

kepada Intake Jun 2014, semoga Sukses, kalau ade yang terbaca tu, maaf kalau ada salah kat mana-mana, korang memang best!!!!!!!!!!!!

Malam Kebudayaan A.K.A Malam Persembahan

Paling Best Poco-Poco

Intake PT(Kewangan) Jun 2014


 u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Friday, 3 January 2014

Interview Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred w17



Selamat Tahun Baru.. ramai betul bloger-bloger yang update pengalaman temuduga di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA), jadi adam pun hendak kongsi serba sedikit pengalaman adam semasa menghadiri temuduga tersebut.

Surat Pangilan Temuduga
Okey.. bila dapat je pangilan tahu pangilan temuduga, memang seronok giler mana tak nya susah tau nak melepasi tapisan SPA. Perkara pertama yang adam buat, adam baca surat pangilan tu dan fahamkan apa yang di kehendaki. so sediakan lah semua dokumen-dokumen lengkap. siap semua urusan berkenaan kena cari maklumat berkenaan dengan Pembantu Tadbir (kewangan).

Perkara pertama yang adam nak cari kat internet :

1. Senarai Menteri
2. Raja-Raja dan Permaisuri Agong
3. Maklumat Jabatan berkenaan
4. Isu semasa - tempatan,dunia,sukan,politik, isu-isu terbaru ( elok baca surat khbar @ internet)
5. Tugas-tugas  PT. Kewangan
6. Buku-buku berkaitan dengan kewangan(cnth: pic kat bawah ne)

Buku ne lah
naik berpinar mata bila tengok buku tu, tebal giler.. dah lah tebal tak bergambar lak tu, adam lak jenis yang tak suka mebaca ne. selak-selak je lah... amik yang rasa penting je.

Pada 23/10/2013 ne, detik yang di nanti tiba. rasa cuak, cemas semua ada. Adam bertolak dari rumah pukul 5.30pagi. yelah duduk jauh kena lah bertolak awal masa interview pukul 8.00 pagi kan.. nak kena rehat setengah jam awal sebelum masuk interview. kalau tak ade rehat mahu gelabah adam.. tak tahu lah adam ne memamg gemuruh kalau pergi mana-mana temuduga. Sampai je Seremban 7.30pagi memang dah buget masa pun sebelum bertolak dari rumah. Sebab nak cari parking dekat wisma persekutuan tu memang susah, tu yang datang awal sikit.

Dengan langkah yang penuh semangat menujulah ke tingkat 3, pejabat tenaga Kerja seremban.. samapi2 je kat sana sorang pun tak ada lagi baik calon, panel penemuduga dan urusetia SPA.. dalam hati terdetik semangat punya pasal amik kau.. tapi apa-apa pun sempat lah adam nak membaca sikit untuk freshkan otak ne. tak lama lepas tu 2,3 orang calon sampai. urusetia pan dah ade.

Haaa.... walau adam datang awal pun, adam dapat No.5 hehe, saje bagi orang lain regester awal, calon pertama masuk dalam 15min.. lepas 15min tu keluar degan muka hampa je.. adam tanya lah apa panel tanya.. sekali kau panel tanya politik+exco2 negeri sembilan dan berkiatan dengan negeri sembilan sikit pun tak tanya pasal kewangan... Amik kau adam haris Bab tu kau x study...

kentalkan hati je adam ne.. lantak kau lah panel nak tanya apa pun.. sebab adam tak harap sangat jawatan ne, sebab tahu tak dapat. kira dh berserah abis ne sebelum masuk.. haa tiba lah turn adam... tuk.. tuk... (ketuk pintu) dan beri salam.. sedikit senyuman dilemparkan dengan harapan di balas balik.. Perghhhhhh.... ketat siuttt muka Panel tu...

Panel SPA : Sila duduuk
adam :terima kasih tuan
Panel SPA : perkenalkan diri anda
Adam : Nama adam haris bin Ahmad tarmizi ...... bla.. bla.. bla...
(tips : masa perkenalkan diri kalau boleh cerita bagi lengkap, panjang dan padat jangan sampai panel tegur lagi.. lagi.. lagi.. sebab pendek sangat)
Panel SPA : Awak gementar ye.. Awak ne lelaki kenapa gementar..
Adam : senyum je ( dalam hati dah semula jadi mcm ne kalau g temuduga nak buat macam mana geram je stmnt Panel SPA tu)
Panel SPA : awak ade Diploma kenapa tak mohon jawatan diploma..
Adam : ya, saya mempunyai diploma Kej. Awam.. Status permohonan saya untuk memohon jawatan diploma sering kali tidak melepasi Syarat Semasa SPA. ( amik kau, kau yang tak nak bagi aku kan amik je lah sy SPM)

Panel Jabatan : ada pengalaman berkaitan dengan kewangan?
adam : maaf tuan, saya tidak mempunyai pengalaman berkaiatan degan kewangan.. tapi saya pengalaman berkaitan degan pembelian barang.
Panel jabatan : Pembelian tu kira kewangan lah...
adam haris : (haaaa.. sure bengang panel tu degan jwpn aku tu haaaa)
 Bla.. Bla...


habis 30min... perghh lama semput + haus aku nk menjawab soalan dari panel tu... so tunggu result pada 2/12/2013

tu lah cerita adam.. apa yang adam boleh kongsi adalah :

1. Baca surat pangilan sampai Faham.. takut ada kesilapan.. kalau ragu-ragu call je pihak SPA
2. Cari maklumat berkaitan dengan Jawatan yang anda di temuduga.
3. Buat senarai semak sebelum pergi temuduga.
4. Pakaian yang anda pakai (bagi lelaki jgn pakai baju yang terang sangat dan warna pink / pupple sebab kearah keperempuanan ops!! kalau nak pakai jugak lantak korang)( bagi perempuan better baju kurung nampak sopan tapi jangan warna terang dan banyak sangat bunga.. serta kasut bertutup.)
5. Masa jawab soalan dari panel tu
- pastikan tidak lari pada soalan yang ditanya.
-confident sikit, salah tak pe.. sebab dia nak tengak tahap keyakinan anda..
- jujur itu penting (tapi bergantung pada jawatan yang ditemuduga kan) sebab ade sesetengah jawatan kena jadi pelastik.....
- susuan ayat, tatabahasa dll.( kena buka buku SPM yer)
6. solat hajat sebelum temuduga dan selepas temuduga
7. doa banyak2.

itu sahaja kot...

ne result adam....

calon simpanan je..

Penjelasan









cuba tengok yang kotak merah tu... TEMPOH SAH LAKU CALON SIMPANAN BUKAN LAGI SETAHUN SEBALIKNYA SEHINGGA CALOAN DILANTIK TETAP...

#tag.. KO RASA?















Info Ibu Hamil Taip Minggu

pada wanita yang hamil untuk kali pertama mesti ada rasa teruja untuk tahu perkembangan bayi dalam kandungan. untuk pengetahuan wanita yan...