Monday 17 February 2014

Ho Chi Ming aku DatanG...

                                                           Tomok_ Aku DatanG

Aku datang kepadamu
Aku datang mencarimu
Tapi kau pergi dariku
Bagai bayu di jari jari ku

Aku datang dengan rindu
Aku datang dengan pilu
Tapi kau terus membisu
Bagai bintang dingin menjauh

wahhhh.. terasa sangat mcm nak naik flight esok hehe... :) Saje nak sahre dengan korang, untuk pengetahuan korang yang baca blog adam, adam akan melancong dan menghabiskan duit dekat Ho Chi Ming City.... Rakyat Malaysia ramai yang berkunjung ke sama Al maklumlah Syurga membeli belah katanya.. 

Adam akan ke HCM City pada 10 April 2013, so ada masa dalam 2 bulan lagi tapi dh macam terasa esok je nak pergi.. tapi ia agak berlainan sikit, adam akan ke sana menaiki pesawat Airbus dari Singapura.. kenapa tak ke LCCT? adam ikut kawan-kawan dari Johor so dia orang lebih senang naik dari sana. kali ini merentasi 2 negara Singapore dan Ho Chi Ming.. 

Booking tiket Singapore Airline
Apa persediaan Adam? Firstly mesti lah Verangan!!!! haaaaaaa 
entah lah adam pun tak tahu nk sedia kan apa sebab terlalu awalkan, keje pun banyak.. wat blur2 je lah lagi pun di antara kami sudah ada yang ke sana so adam tak perlu risau.. 


Persediaan ke HCM City..

1. Tengok mata wang Negara Vietnam (Dong), 
 - kalau korang nak tau 1 dong berapa Ringgit Malaysia boleh lah ke www.xe.com

2. Baca Blog-blog yang pernah melancong kesana.. nanti tak delah korang tercari-cari bila tiba disana..

setakat tu je lah yang adam buat masa ne...

u Follow i Follow Too Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Friday 14 February 2014

Rukun Islam Ke-4


Assalammualaikum... Salam Peghulu hari..

Adam Nak kongsi sedikit berkitan dengan Rukun Islam yang ke-4, Ia nampak mudah bagi semua umat islam tetapi sebilangan dari kita sering terlupa termasuk lah diri sendiri.

Rukun Islam adalah satu perkara yang sangat asas dan utama dalam agama Islam. Untuk memudahkan kefahaman, dalam bahasa yang lebih mudah, Rukun Islam boleh diertikan sebagai Tiang-Tiang Asas Agama Islam’. Dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil sebagai The Pillars of Islam’.

  Rukun Islam mengandungi 5 perkara asas dan WAJIB dilakukan oleh orang Islam. Senarai rukun serta penerangan ringkas bagi setiap rukun tersebut adalah seperti di bawah.

  1. Mengucap dua kalimah syahadah dan menunaikan Haknya.
  2. Menunaikan solat fardu lima waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan
  4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
  5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu
Kalau di Negeri Adam, Negeri Sembilan bagi mereka yang membayar zakat mendapat manfaat diskaun yang diberikan oleh syarikat-syarikat, klinik-klinik, kedai runcit, kedai makan dan sebagainya...



Kad Diskaun yang diberikan



u Follow i Follow Too Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Monday 3 February 2014

Cucur Udang Alor Gajah, Melaka




 Mood bercuti masih lagi terasa, CNY hanya 2 hari je.. hurmm mcm P.Ramlee cakap " Selagi Hidup kerja-kerja". Rasa belum terlambat untuk adam ucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada semua yang menyambutnya pada tahun kuda. Cuti-cuti ne korang kemana? Adam ke Melaka so adam nak promote kat Oulls makanan yang sangat digemari di Alor Gajah, Melaka pada sesiapa yang tinggal di Alor gajah amnya dan Melaka Umum nya mungkin sudah tahun berkenaan Cucur / Kuih Udang Alor Gajah ini.

Kueh Udang Alor Gajah Melaka

Kueh Udang / Cucur Udang ini sangat popular di daerah Alor Gajah, kenapa sangat Popular? kalau korang nak tahu, nak buat pesanan kueh udang ne korang kena berbaris.. bukan berbaris untuk berkawat okey, berberis beratur panjang, tak percaya? nak buktinya adam dh berkali beratur just kali ne baru nak sahre dekat Blog.

Barisan Cucur Udang
See? masa adam sampi pun dah panjang baris tu, masa dh sampai kat kaunter oder pun adam toleh kebelakang pun masih lagi berduyun-duyun orang beratur? bertapa power nya kueh udang dia.. kena cuba tu...

Kueh Udang







 tu dia Kueh udang yang di oder, Sedap??? tu korang kena rasa macam mana, so jangan malu2 singgah ke alor gajah.

tips bagi yang nak ke Alor gajah..

Bagi yang dari Highway Kuala Lumpur Atau Johor Baharu korang boleh masuk melalui Tol Simpang Ampat, Alor gajah dan ikut singboard Alor gajah atau Bandaraya Melaka. Bagi yang datang dari Melaka korang boleh ambil signboard Alor Gajah. Kedai Kueh alor gajah ini memang terletak di pusat bandar alor gajah, memang tak susah nak cari.

Waktu Urus Niaga : 12.00 T/hari hingga 8.00 Malam

Set Makanan : 1 Orang Makan - RM2.50
                        2 Orang Makan - RM4.50
                        3 Orang Makan - RM6.00
                        4 Orang Makan - RM8.00
                        5 Orang Makan - RM10.00



 u Follow i Follow Too Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Info Ibu Hamil Taip Minggu

pada wanita yang hamil untuk kali pertama mesti ada rasa teruja untuk tahu perkembangan bayi dalam kandungan. untuk pengetahuan wanita yan...