Showing posts with label Jabatan Perkhidmatan Awam. Show all posts
Showing posts with label Jabatan Perkhidmatan Awam. Show all posts

Sunday 12 June 2016

Simpanan Lantikan ke Lantikan Tetap

Assalammualaikum...
Selamat berpuasa semua.. dah masuk hari ke-7 kita berpuasa.. alhamdulilah semua berjalan seperti biasa.. bulan puasa ne bulan yang sangat berkat dan segala doa akan didengar..

admin nk kongsi sikit berkenaan bulan ramadhan yang penuh berkat ne..

Pada tahun 11.11.2013 admin ada hadir interview bagi jawatan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J29.. (  Interview Penolong pemeriksa Kilang dan Jentera )

10.06.2016 admin semak status permmohonan


Pen.Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J29
 
26.07.2016 admin semak selepas sistem update dari Gred J29 ke JA29


Pen.Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29

Status Jawatan admin telah bertukar ke LANTIKAN TETAP... Happy sangat tp dalam pada sama tak sure lagi takut ade masalah sistem kt sana.. jadi untuk mengukuhkan lagi adakah benar admin call bahagian unit tawaran. Alhamdulilah Pn.aziah mengesahkan ia adalah betul dan dimaklumkan 3minggu surat tawaran akan di poskan.. Selagi tak ade hitam putih admin tak yakin gak.. jadinya tunggu lah Surat.. hehe

Alhamdulilah 3 tahun admin tgu akhirnya rezeki bulan ramadhan...

Sekian dari admin.. Selamat berpuasa..

u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Monday 15 September 2014

UJIAN MENAIP KEDERASAN 18 P.M.S BAGI PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) DAN (PEKERANIAN/OPERASI)

Sebuat je ujian mesti kecut perutkan, mana tak nya masa depan seseorang bergantung pada keputusan ujian berkenaan. 10 September 2014 hari tu admin menduduki ujian menaip, Admin menduduki ujian berkenaan di tempat kerja.. Tempat Kerja?? mesti pelik kan... bukan korang je admin pun pelik juga sebab kawan2 sama intake admin di Kem.Pertahanan jawab di Putrajaya. Mungkin admin ne istemewa sikit kot hehehe...

Pada dasarnya admin bukan lah laju benar taip menaip ne, terkial2 juga lah.. ye lah kita bukannya PA / SU..
mula2 tu agak Nerves gak, maklum lah tak pernah menaip laju2 dalam 18 patah perkataan dalam masa 1 minit persaat. haru jawabnya...

Sebelum ujian tu adalah pengawas peperikssan terangkan sikit peraturan am semasa menjawab. Dan sebelum bermula ujian berkenaan masa 5min di beri untuk setting format Ujian menaip dalam Microsoft Word seperti :
1. Saiz tulisan Arial 12
2. Line specing 2.0
3. Margins 1.5"

ne admin sertakan contoh soalan admin buat









u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Monday 18 August 2014

Calon Simpanan / Simpanan Lantikan


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

 Assalammualaikum dan selamat pagi

Admin nak cerita sikit pasal calon simpanan / simpanan lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.. sebenarnya admin sudah tahu berkenaan dengan status calon simpanan. tapi kali ini admin nak share info yang admin dapat dari follower HTag Korasa.

Transformasi sebelum ini telah menyatakan bahawa mulai 1 Jun 2012 tempoh sah laku calon simpanan bukan lagi setahun sebaliknya sehingga calon dilantik tetap. Tetapi transformasi tersebut telah dipinda pada Mesyuarat Bil. 23/2014 (2673) yang telah diadakan pada 30 Jun 2014 yang menyatakan calon simpanan akan dilantik tetap mengikut keperluan semasa dan tempoh had masa yang ditetapkan adalah selama DUA TAHUN.




Oleh itu, bagi urusan/status calon simpanan yang diluluskan pada 01/06/2012 sehingga 30/06/2014, tempoh sah laku akan tamat pada 29/06/2016.

Simpanan lantikan / Calon simpanan akan ditawarkan lantikan mengikut Turutan Kebolehan (ranking) yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya ini sekiranya berlaku kekosongan ataupun dijadikan calon ganti apabila terdapat calon yang tidak melaporkan diri. Ia juga turut bergantung kepada kekosongan jawatan di sesebuah jabatan/kementerian. Jika ada permohonan dari jabatan/kementerian untuk pengisian jawatan maka SPA akan mengisi kekosongan tersebut dengan calon simpanan. Calon simpanan boleh membuat permohonan baru dan tidak membatalkan status calon simpanan. Oleh itu, pastikan alamat dalam Bank Data Berkomputer SPA adalah terkini supaya memudahkan urusan, jika ditawarkan pelantikan ke jawatan tetap.


u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Wednesday 23 July 2014

Temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional (Kej. Awam) Gred J29

Assalammualaikum dan Salam Ramadhan, lima hari lagi kita menyambut kedatangan bulan Syawal yang penuh meriah sekali, lebih-lebih lagi yang dapat keputusan Calon berjaya bagi apa-apa interview. untuk kali ini admin dapat panggilan interview jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional (kej.awam) Gred J29 yang juga dikenali sebagai PPLV.

PPLV merupakan perkerjaan yang menfokuskan bidang kemahiran, Pegawai PPLV ini akan berkhidmat di berberapa buah Intistut Latihan Perindustrian, Intistut Kemahiran Belia Negara, ADTEC dan JMTI di bawah Kementerian Tenaga Manusai.

Sebelum admin memperkemaskan diri untuk menghadiri temuduga berkenaan admin telah mencari maklumat Intistut Pengajian yang menawarakan Kurus bidang kejuruteraan awam ini, untuk mengatahui jika admin berjaya dimanakah admin akan ditempatkan.. kebanyakan berada di 2 intistut di 3 disemenanjung dan 2 di sabah. perkara kedua mencari maklumat berkaitan dengan intistut berkanaan serta pengalaman/ilmu bidang kejuruteraan awam.(admin cari je maklumat tapi tak baca, sbb tak suka mengajar hehe)

10/7/2014 - Khamis

Lokasi : Intistut Latihan Perindustrian Pedas, Negeri Sembilan

Masa interview admin memang tak bersedia habis.. memang kena dengan panel dari pakaian sampilah ke soalan soalan.

part paling kelakar sekali panel tnya " AWAK NE DATANG SUKA-SUKA KE?" SAYA TENGOK AWK MCM TAK BERMINAT"

haaa.. walau itu hakikatnya tp admin perlu jawab dengan Plastik sekali.. kiki

So admin tak tahu sama ada dapat ke tak jawatan ne.. kita tunggu je lah nnti yer.. nnti admin update kat sini..



u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Saturday 14 June 2014

Krusus Pengenalan Dan Asas Pembantu Tadbir (Kewangan)Gred W17 Lantikan Baru


Pada yang mengikuti Blog HTag Ko Rasa pasti tahu serba sedikat berkenaan dengan tajuk entry kali ini. Seminggu telah berlalu baru lah admin dapat menSemakan diri menulis tajuk ne, Al-maklumlah sibuk melapor diri dan mencari bilik sewa. Sebelum tu admin hendak share cerita berkenaan krusus berkenaan..

1 Jun 2014, Ahad.. tepat jam 8.35pagi admin sampi di perkarangan bangunan Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia di Putrajaya. Turun sahaja kaki dari kereta, perkara pertama admin tengok belon udara kat atas awan tu.. nak snap gambar tak sempat lak. Admin terus je salam akak admin dan bergegas ke lobi JPA untuk pendaftaran tanpa ditemani oleh sesiapa.

Bagunan JPA-Tempat Pendaftaran-

Waktu Pendaftaran

Masa pendaftaran dijalankan admin sempat juga tengok jumlah calon lelaki.. aduhh dukacita admin bila tengok lelaki masa pendaftaran tak sampi 10 orang. Begini lah nasib kaum lelaki bila di sektor awam jumlahnya begitu kecil sekali. Lepas sahaja pendaftaran terus je bergerak menuju ke tempat menungu bus. Admin naik bus No.2 yang telah ditetapkan semasa pendaftaran. Sebelum naik bus tu sempat juga admin berkenaalan dengan seorang peserta krusus , nama peserta berkenaan adalah Zairi (Penghulu krusus, tak sangka jadi penghulu)
Tempat Krusus_Bukit Tinggi, Pahang

1jam setengah masa yang diambil untuk sampai ke Instistut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Bukit tinggi Pahang. Masa check-in tu admin satu bilik dengan Imran dari Johor. Petang tu kami ada program ice-breaking dan malam pula taklimat urus setia berkenaan krusus pengenalan. Banyak juga info dan ilmu yang kitaorang perolehi semasa krusus yang dilakukan.
Bagi aktiviti riadah pula perkara yang wajib buat “Tepuk Lalat” macam2 lah EN. Joe ne.. sebelum mula dan akhir sesuatu games mesti tak tinggal tepuk lalat. Apa2 pun semua aktiviti dan ceramah yang di anjurkan oleh JPA sangat menmanfaat serta menghiburkan.

Kumpulan 1_PTW JUN 2014
Part yang paling best Majlis Penyerahan Surat Penempatan, yang ne paling syok.. Sebelum majlis bermula pagi tu ada ceramah berkenaan dengan penjawatan oleh pegawai yang incas PT(kewangan) pegawai berkenaan berulang kali menyebut Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan, dalam hati ne dah dapat agak 2 Kementeriaan ini yang banyak kosong. Aduhhh.. harap tak dapat lah 2 kementerian tersebut. Masa berjalannya penyampaian Sijil dan penempatan nama admin pun dipanggil.. part yang nak tahu sangat terjawab.. KEMENTERIAN DALAM NEGERI.. Omg!! Omg!! Yang tak harap sangat lah dapat, sekali buka Alhmdulilah bukan dengan pegawai yang berunifom.. bukan tak nak, tapi kalau dah takdir apakan daya.. hehehe..
Majlis penyampian sijil dan penempatan tamat.. 11.30 masa untuk bergerak pulang ke Putrajaya, terasa cepat sungguh masa berlalu, boleh ke tambah 1 minggu lagi, seronok sangat.. hehe..

Stop sampi sini je.. tak tau nak tulis apa lg.. hehehe BYe...

kepada Intake Jun 2014, semoga Sukses, kalau ade yang terbaca tu, maaf kalau ada salah kat mana-mana, korang memang best!!!!!!!!!!!!

Malam Kebudayaan A.K.A Malam Persembahan

Paling Best Poco-Poco

Intake PT(Kewangan) Jun 2014


 u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Monday 6 January 2014

Interview ke-2 Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera (Kej. Awam) Gred J29

Halooo!! Halooo... Entry kali ini adam hendak kongsi lagi serba sedikit berkenaan Interview adam tepai berbeza jawatan yang sebelum ini http://htagkorasa.blogspot.com/2014/01/interview-pembantu-tadbir-kewangan-gred.html. Interview kali ne jawatan peringkat Diploma, Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera (Kej.Awam) Gred J29, sebenarnya adam tak sangka lansung sangkut jawatan ne, ye lah susah tau nak dapat jawatan peringkat ne.. Calon yang memohon je dah beribu2.. adam lebih berminat jawatan Gred 17 disebabkan kekosongan adalah banyak.. tapi dah di panggilkan pergi je lah kalau dapat Alhamdulilah rezeki kan..


Masa ne adam tengah Sibuk study berkenaan dengan jawatan Pembantu Tadbir (kewangan) Gred  W17. Interview pada 23/10/2013.. Masa cek balik status Urusan dekat borang SPA8i.. sekali keluar ini... Anjat Boboiiii

Jadual temuduga Gred J29

Jantung berdegup bila terbaca status urusan macam ne... Gembira tentu sekali tapi berbaur risau sedikit sebab Interview Pembantu tadbir (kewangan) tak satel lagi.. huyyyaiii pening tau... tapi tak pe Be Profesional Adam Haris Bin Ahmad Tarmizi.. Macam biasa Step untuk menghadapi temuduga kali ne sama macam sebelum ne.. cuma berbeza sedikit adalah maklumat jawatan..

  • Maklumat Kementerian / Jabatan
  • Maklumat Jawatan yang dipohon
  • Akta yang terlibat dengan JKKP
    • Akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994
    • Akta Kilang dan Jentera
    • Akta Langkah langkah Keselamatan Petroleum

Perghhhh... meleleh ooooo nak baca dan nak cari maklumat tu... ada yang akta isi kandungan berbahasa Omputih... dh lah lidah Sambal Belacan.. macam mana lah ne... Tapi adam beruntung selamat ada kawan yang kerja Part Keselamatan Industri tapi swasta lah... jadi adam mintak semua semua info kat dia... So lepas dh baca semua tu memang senang rupanya.. tapi risiko sangat besar.

Adam kena hadir interview 11/11/2013.. rezeki adam tahun 2013 ne bulan 10 gred 17 bulan 11 gred 29.. macam biasa lah adam penuh semangat datang awal. bila datang awal dari urusetia dan panel jadi adam kali ne dapat Calon No.1 kali ne berbeza sedikit Panel keduanya datang dari Jabatan/Kementerian dari SPA tiada lansung.. kira masa perkenalkan diri tak dapat nk cerita banyak banyak..

korang nak tahu apa yang disoal? HAMPEH!!!! satu pun tidak ada pasal Ketiga-tiga akta berkenaa.. memang geram habis.... penat adam baca, megingat pasal Dandang stim lah, Mesen Angkat lah.. OSHA.. dia soal pasal berkaitan kerja yang kita lakukan... sure2 lah adam keje lari KOS... tapi tak pe ikut je rentak Panel tu jawab je apa yang disoal... tapi yang kali ne 35min oooo.. tapi yang best Adam tak Nerves sebaliknya Semangat berkobar kobar..

habis je disoal, keluar dengan senyuman mengharap.. harap Panel tu faham lah.. #bagi lah markah banyak sikit.. so adam kongsi sikit2 apa yang disoal kat dalam tu dengan Calon calon lain.. semoga kalian berjaya..

Keputusan temuduga keluar pada 12/12/2013 tetapi di percepatkan pada 5/12/2013

Calon Simpanan

Amin... sukur sangat sangat sekurang kurangnya adam ada harapan untuk jawatan J29 bila SPA dah buat Transformasi...




20 bagi calon simpanan



#Ko... Rasa??? bila adam dipanggil...
Adam HArap tahun ne... IN SYA ALLAH






Info Ibu Hamil Taip Minggu

pada wanita yang hamil untuk kali pertama mesti ada rasa teruja untuk tahu perkembangan bayi dalam kandungan. untuk pengetahuan wanita yan...