Monday 18 August 2014

Calon Simpanan / Simpanan Lantikan


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

 Assalammualaikum dan selamat pagi

Admin nak cerita sikit pasal calon simpanan / simpanan lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.. sebenarnya admin sudah tahu berkenaan dengan status calon simpanan. tapi kali ini admin nak share info yang admin dapat dari follower HTag Korasa.

Transformasi sebelum ini telah menyatakan bahawa mulai 1 Jun 2012 tempoh sah laku calon simpanan bukan lagi setahun sebaliknya sehingga calon dilantik tetap. Tetapi transformasi tersebut telah dipinda pada Mesyuarat Bil. 23/2014 (2673) yang telah diadakan pada 30 Jun 2014 yang menyatakan calon simpanan akan dilantik tetap mengikut keperluan semasa dan tempoh had masa yang ditetapkan adalah selama DUA TAHUN.




Oleh itu, bagi urusan/status calon simpanan yang diluluskan pada 01/06/2012 sehingga 30/06/2014, tempoh sah laku akan tamat pada 29/06/2016.

Simpanan lantikan / Calon simpanan akan ditawarkan lantikan mengikut Turutan Kebolehan (ranking) yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya ini sekiranya berlaku kekosongan ataupun dijadikan calon ganti apabila terdapat calon yang tidak melaporkan diri. Ia juga turut bergantung kepada kekosongan jawatan di sesebuah jabatan/kementerian. Jika ada permohonan dari jabatan/kementerian untuk pengisian jawatan maka SPA akan mengisi kekosongan tersebut dengan calon simpanan. Calon simpanan boleh membuat permohonan baru dan tidak membatalkan status calon simpanan. Oleh itu, pastikan alamat dalam Bank Data Berkomputer SPA adalah terkini supaya memudahkan urusan, jika ditawarkan pelantikan ke jawatan tetap.


u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Wednesday 6 August 2014

Renew Borang SPA8i

Selamat pagi oulls... Selamat berhari raya.. mood tetap raya lagi walau dah naik kerja.. entry kali ini pendek je admin nk kongsi sedikit pasal Borang SPA8i.. kisah ne memang terjadi dekat admin baru-baru ne..


cerita nya mcm ne.. admin dah lama isi borang SPA8 ne.. just baru ne admin nk memperkemas kini kan beberapa maklumat tambahan.. sebelum kemas kini tu 1 jawatan admin MELEPASI SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN.. selepas admin dah kemas kini jawatan yang MELEPASI ne bertukar kepada TIADA URUSAN PENGAMBILAN DARI TARIKH YANG DITETAPKAN... HUHHH!!!!!!!! apakah semua ini??? terasa macam tak adilkan.. korang pernah alami tak.. cuba share kat sini sikit...


u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Info Ibu Hamil Taip Minggu

pada wanita yang hamil untuk kali pertama mesti ada rasa teruja untuk tahu perkembangan bayi dalam kandungan. untuk pengetahuan wanita yan...