Sunday, 20 April 2014

1st Day _ Trip Ho Chi Minh


Pertama kali menjejaki kaki di bumi Ho Chi Minh merupakan satu perasaan yang sangat teruja apa tidaknya, ini pengalaman yang pertama mengembara di bumi Allah ini. Penerbangan dari Airport Changi,Singapore mengambil masa selama 1jam jika tidak berlaku sebarang masalah teknikal atau sebagainya. Ketibaan saya di Airport Ho Chi Minh bagaikan satu ketidak percayaan, apa tidaknya ini kali ke-4 saya dan kawan2 membuat perancangan dan akhirnya tanggal 10 April – 12 April 2014 merupakan tarikhnya. Selesai je Check-in dibalai ketibaan Ho Chi Minh kami bergegas untuk mendapatkan teksi

Teksi yang kami naiki


Vinasun Taxi merupakan pilihan kami, teksi ini adalah hak milik kerajaan Vietnam. Perjalanan untuk sampi ke tempat penginapan kami lebih kurang setangah jam dengan bayaran yang dikenakan sebanyak 165,000 VND. Sepanjang perjalanan menuju ke hotel apa yang menjadi tumpuan admin adalah Trafik Management dan Sistem bekalan tenaga elektrik.  Hotel yang kami menginap adalah Hoang Lien Hotel, hotel ini agak jauh sedikit dari Ben Thanh Market tempat yang menjadi tumpuan pelancong untuk membeli belah.

Peta Hotel dan Ben Thanh Market

Trafik Management di Ho Chi Minh


Sistem Elektrik Berselirat


20min adalah masa yang di ambil untuk kami meletakkan beg di bilik. Habis segala urusan di bilik tepat pertama yang kami ingin kunjungi adalah Bhin Tay Market. Bhin Tay Market terletak jauh di tempat kami menginap, kami terpaksa berjalan kaki untuk mendapatkan perkhidmatan bas. Stesen bas ini terletak di Ben Thanh Market dan bersebelahan round Round. Bus yang kami naiki itu tertera NO.1 yang akan membawa kami ke Bhin Tay Market atau stesen Bus yang terakhir. Bayaran yang dikenakan adalah 5,000 VND.

Stesen Bas ke Bhin Tay Market

Bhin Tay Market, merupakan pusat membeli belah ataupun membeli secara borong. Suasana dan barang yang di Bhin Tay Market serupa dengan Ben Thanh Market yang beza disini adalah harga yang ditawarkan lebih murah berbanding di Ben Thanh Market. Disini rata-rata perniaga tidak fasih berbahasa melayu dan English jadi bila membeli ibarat “Itik dan Ayam” hehehe… 

Hadapan Bhin Tay Market









Pada sebelah malam pula agenda seterusnya kami akan ke Night Market yang terletak diluar  Ben Thanh Market.. Suasana semasa para perniaga untuk mendirikan atau membuka kedai amat luar biasa jarang dapat dilihat di sesetengah negara yang modan dan membangun. Mereka hanya mengunakan motosikal dan tenaga untuk menolak muatan yang boleh diangarkan beratnya mungkin melebihi 100kg. Suasana Night Market lebih kurang sama degan Pasar Malam di Malaysia yang membezakan adalah barang yang diniagakan dan juga harga yang ditawarkan.







u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

4 comments:

  1. Nampak macam enjoy je sdr...

    ReplyDelete
  2. nak tanye..inshaAllah sy nk g hcm 25 /5 ni.. erm.. kat bin tay market tu... ada tak jual tudung yg dah siap?? baju kurung yanv dah siap?? ada tak???

    ReplyDelete
  3. nak tanye..inshaAllah sy nk g hcm 25 /5 ni.. erm.. kat bin tay market tu... ada tak jual tudung yg dah siap?? baju kurung yanv dah siap?? ada tak???

    ReplyDelete
  4. AP : bin tay.. tudung ade juga tapi tak bnyk lah.. tudung yg bnyk kat jalan bhan thanh.. baju kurung yg dh siap kat bin tay market tak bnyk sgt.. kat sana jual kain ela tp kalau berminat awk boleh tempah je kat situ.. dia akan buat. 24jam siap.. nnti dia akan hantar terus ke hotel penginapan kita...

    ReplyDelete

Info Ibu Hamil Taip Minggu

pada wanita yang hamil untuk kali pertama mesti ada rasa teruja untuk tahu perkembangan bayi dalam kandungan. untuk pengetahuan wanita yan...