Wednesday, 9 April 2014

Pra_Ho Chi Minh City

Aloooo... so tried today... mana tidaknya tergesa gesa nk berangkat ke Johor Bahru.. esok dh naik flight ke ho chi minh.. yahooooo!!!!! tak di sangka tiba juga harinya walau berkali postpont.. pagi tadi den keje macam biasa tp mintak half day.. sbb tak nak terkejar kejar.. alhamdulilah dapat half day.. so bertolak dari umah jam 2.00 petang.. jalan tidak berapa sibuk sgt.. so sampai di JB dalam jam 5.15 petang.. mulanya nak ke rumah member oleh kerana awal ambil member kat opis dia..

Sebelum balik tu perkena dulu makan.. ingat dapat lah rasa pisang goreng chess yang FOFULAR kat Johor.. sekali kedai tak buka, hampa sungguh tapi tak apa after back from Ho Chi Minh terus terjah.. hihi
So tempat makan bertukar akhirnya sampai lah di Setulang betul2 dekat ngan Singapore.. boleh tahan juga menu nya... tp air dia memang terbaekkkk nescafe ais dia memang UMPH!!!! Korang mesti cuba...



Oklah yer smpi sini je pra_ho chi minh nya.. ponek dah esok nak bgn awal.. nk kejar flight.. nnti den update story di ho chi minh...

Tuesday, 8 April 2014

Jawatan Kosong 286 kekosongan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Pada Bulan April kali ini banyak jawatan kosong yang di tawarkan oleh sektor awam. Kekosongan kali ini adalah sebanyak 286 kekosongan mengikut kelulusan. berkhidmat di sektor awam kini menjdi kegilaan kepada semua lapisan masyarakat terutama pada mereka yang telah tamat pengajian.



kali ini yang ingin saya highlight kan adalah jawatan Pembantu Tadbir (kewangan) Gred W17.. Jawatan ini sangat lah popular dan banyak kosong apa tidak nya tahun lepas 3 kali pengambilan dan tahun ini diperlukan seramai 127 orang.. Saya juga pernah menghadiri sesi temuduga ini. dan saya ingin kongsikan serba sedikit pengalaman saya pada anda.. korang juga boleh follow entry saya sblm ini   klik sini

kalau korang nak lagi info boleh tinggalkan komen korang kat bawah berserta email :)


u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Thursday, 3 April 2014

JODOH : Serasikah Pasangan Anda?



Zodiak, bintang atau horoskop mempunyai pengertian yg sama. Tetapi boleh ke kita percaya dengan semua ini yg kuat mengatakan ianya berkaitan dengan diri kita.  Emmmmm…adakalanya macam betul saja kan…suratan atau kebetulan? Bukan saja tentang kita malah keserasian bersama pasangan juga boleh ditentukan melalui zodiak.  Apa kata kamu Tanya si dia apa zodiaknya dan intai-intai nombor yg bertembung dengan zodiak kamu. Kemudian lihat pula pengertian pada nombor tersebut bagi mengetahui sejauh mana keserasian kamu dan si dia. Senangkannnnnnnnnnnn………..


Contoh :-

Gemini + Libra                      =          1
                                                =          Sehati Sejiwa
 
                             ‘SI DIA’
KAMU

ARIES
TAURUS
GEMINI
CANCER
LEO
VIRGO
LIBRA
SCORPIO
SAGITARIUS
CAPRICORN
AQUARIUS
PISCES
ARIES
4
5
2
6
1
7
3
7
1
6
2
5
TAURUS
5
4
5
2
6
1
7
3
3
1
6
2
GEMINI
2
5
4
5
2
6
1
7
7
7
1
6
CANCER
6
2
5
4
5
2
6
1
7
3
7
1
LEO
1
6
2
5
4
5
2
6
1
7
3
7
VIRGO
7
1
6
2
5
4
5
2
6
1
7
3
LIBRA
3
7
1
6
2
5
4
5
2
6
1
7
SCORPIO
7
3
7
1
6
2
5
4
5
2
6
1
SAGITARIUS
1
7
3
7
1
6
8
5
4
5
2
6
CAPRICORN
6
1
7
3
7
1
6
2
5
4
5
2
AQUARIUS
2
6
1
7
3
1
1
6
2
5
4
5
PISCES
5
2
6
1
7
3
7
1
6
2
5
4
 





NOMBOR 1 – SEHATI SEJIWA

W
ah! Tu dia…nampaknya kamu dan si dia memang sehati sejiwa…Macam lagu Ajai & Nurul tu….Dalam memastikan hubungan yg terjalin mempunyai kesinambungan yg erat, kamu memerlukan strategi tersendiri dan kerjasama antara satu sama lain. Kamu berdua bersenpendapat, saling bertolak ansur, bertoleransi dan jujur.  Banyak persamaan yang terdapat pada kamu berdua turut membantu dalam menjaga keharmonian.  Tetapi awas! Tidak semua yang indah itu takkan bergoyang. Pastinya ada kepincangan yang memerlukan kamu berdua elakkan dari menjadi besar.  Mungkin pengaruh dari sekeliling membuatkan kamu tension dan bergolakkan. Namun kematangan kamu berdua boleh mengatasi segalanya. Segala fitnah ataupun khabar angin yang dilemparkan dapat kamu tangkis dengan mudah.
 




NOMBOR 2 -  SALING MEMAHAMI

D
alam sesebuah perhubungan, sikap saling memahami amat penting. Bukan saja ia dapat membantu kita memahami si dia tetapi turut mengekalkan hubungan agar bertahan lama. Tetapi ia bukanlah hanya di sebelah pihak sahaja tetapi kedua-duanya juga perlu memainkan peranan yang penting dalam menjaga hubungan.  Walaupun kamu mempunyai prinsip tersendiri tetapi ia bukanlah alasan untuk kamu mementingkan diri sendiri. Jangan kerana prinsip itu membuatkan ia menguasai dirimu.  Mungkin komunikasi yang baik mampu memberi kesan yang positif terhadap perhubungan.  Cuba berterus terang jika berlaku salah faham dan kekalutan. Jangan dipendam di dalam hati kerana bila sudah banyak terkumpul manalah tahu suatu hari nanti ia akan meletup! Dari berlaku perkara yg tidak diingini lebih baik bertindak dulu.  Tapi berpada-padalah agar apa yang kamu lakukan tidak melukakan hati si dia.


NO 3 – SALING MEMBANTU
B
aguslah kalau macam ini. Mengamalkan sikap saling membantu dan tentunya kamu sendiri tidak mahu hanya si dia saja memikul beban seorang diri.  Jangan pentingkan diri sendiri beb! Tapi jika si dia meminta bantuan kamu hingga boleh menjejaskan dirimu sendiri baik fikirkan dulu.  Bukannya meminta kamu menjelaskan segala hutang-piutangnya sedangkan kamu tidak berkemampuan. Ataupun pasangan yang terlalu mengharap pertolongan seperti tidak tahu berdikari walaupun hanya untuk perkara kecil saja.  Selalunya orang yang saling membantu ini mempunyai sifat rendah diri dan seboleh-bolehnya tidak mahu orang tahu kelemahannya.  Tapi jangan tak tahu kalau ada orang yang pandai membaca isi hati. Tahu pergolakan yang sedang berlaku dalam diri kamu mungkin hanya melalui kegelisahan dan air muka kamu saja.  Jadi, tak salah kalau kamu meluahkannya sekadar melepaskan tekanan yang terbuku di dada.


NOMBOR 4 – TIDAK KUKUH TAPI MASIH MAHU BERSAMA.

P
ersamaan dari segi zodiak adakalanya menimbulkan ketidakserasian.  Mungkin dari pertembungan sikap kamu berdua.  Walaupun sikap memberontak itu ada, kamu masih mahu bersama kerana perasaan sayang dan kasih yang menebal.  Sikap pro dan kontra itu adakalanya mewarnai perhubungan kamu, tidaklah mendatar saja kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan yang boleh mengganggu kelancaran hubungan kamu.  Ssusah kalau nak menciptakan hubungan yang sentiasa baik setiap detik dan setiap ketika.  Pastinya berlaku juga perselisihan faham dan pertengkaran kecil. Payah nak menjaga hati orang ini dan sukar juga nak mengharapkan orang menjaga perassan kita.  Kalaulah  perhubungan itu menunjukkan tanda-tanda akan retak, kamu perlulah mengambil langkah yang positif bagi mengelakkkan ia terjadi.  Fikirkanlah secara matang, segala tindak tanduk kamu boleh memberi kesan pada diri kamu sendiri.


NOMBOR 5 – SALING MEMERLUKAN WALAUPUN BERSIFAT EGO

M
ahu tapi EGO! Itu yang membuatkan kamu berdua sukar memahami antara satu sama lain.  Walaupun saling sayang menyayangi namun keegoan yang menebal dalam hati membuatkan kamu berdua sanggup berjauhan dari berlagak seperti tidak memerlukan kehadiran masing-masing. Mungkin kamu boleh menipu orang lain yang kamu tidak memerlukan dirinya tetapi bagaimana pula dengan hati serta perasaan kamu yang terlalu kuat mengatakan yang kamu sayangkannya.  Emmmmm…..jika kamu benar-benar sayangkannya tak salah kalau kamu tunjukkan pada si dia tentang perasaan itu.  Nak buat apa sembunyikan kerana kamu sendiri yang akan terseksa dengan tindakan itu.  Kikiskan keegoan itu demi kebaikan kamu sendiri dan terimalah hakikat yang kamu berdua benar-benar saling memerlukan antara satu sama lain. Jangan menyesal kemudian hari pula.


NOMBOR 6 – KURANG HARMONI TETAPI MEMERLUKAN PERHATIAN.

W
alaupun kamu masih dan telah lama bersama namun masih terasa kurang harmoni.  Persengketaan dan ‘perang mulut’ kerap terjadi kerana kamu berdua salang tuduh menuduh. Cemburu? Mungkin menjadi punca perbalahan tersebut tetapi rasa sayang yang menebal membuatkan angin kencang mudah reda dan hilang tapi kamu kenalah tahu cara yang terbaik untuk mengatasinya.  Untuk memastikan perhubungan kamu berjalan lancar dan tidak tergores dek perasaan yang tak tentu hala itu, kenalah kamu bertolak ansur dan memahami si dia.  Bukannya apa kamu tentu tak mahu perhubungan yang terjalin hanya separuh jalan saja dan kalau boleh biarlah selamanya walaupun kamu sentiasa bersikap ‘panas hati’ bila melihat si dia hingga mencetuskan perbalahan. Tapi jangan sampai keterlaluan sangat hinggakan perkara kecil menjadi besar.  Orang kata kalau dah menyala api jangan simbahkannya dengan minyak tanah, bertambah semaraklah ia.  Jadi kenalah siram dengan air…..pandai-pandailah kamu yea….

NOMBOR 7 – TIDAK SERASI LANGSUNG

H
uarghhhhhhhhhhh……Janganlah menangis…Tak serasi langsung mungkin hanya sebagai kekasih. Tapi kalau dalam persahabatan mungkin lebih sesuai kot! Jangan pula bila kamu berdua mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan, terus bermusuhan sampai bila-bila. Declarewar! Isy……sekurang-kurangnya kamu masih boleh bersahabat dan manalah tahu kalau jodoh kamu kuat, hubungan yang intim itu boleh terjalin semula.  Siapa tahukan! Jika kamu benar-benar sayangkan hubungan itu, pupuklah ia supaya terus berkembang mekar dan siramlah cinta kamu itu dengan air wangian sesuci kasih sayangmu itu.,  Jangan pula dimarakkan api kemarahan yang boleh memusnahkan impian yang telah sekian lama bertakhta di kotak fikiranmu. Mungkin kamu berdua patut menyepikan diri buat seketika dan tunggu masa yang sesuai untuk bersama semula.  Fikirkan kepentingan si dia dalam hidup kamu.  Bukankah kamu mahu si dia menemani kamu sepanjang hayatmu?



u Follow i Follow Too Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Info Ibu Hamil Taip Minggu

pada wanita yang hamil untuk kali pertama mesti ada rasa teruja untuk tahu perkembangan bayi dalam kandungan. untuk pengetahuan wanita yan...