Morning Ouls...
Mood happy lah konon... hihi akhirnya penantian sesebuah cerita berakhir dengan satu utusan yang mengujakan. Semalam admin dah terima surat lantikan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) dan Jabatan Perkhidmantan Awam(JPA). Selama 5 bulan menjadi calon simpanan / simpanan lantikan akhirnya berjaya juga mendapat lantikan, pada kawan kawan yang masih dalam simpanan lantikan harap bersabar pasti ada sinar menanti.. cehhh..
KRONOLOGI SIMPANAN LANTIKAN
JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17
TEMUDUGA : 23 / 10 / 2013
KEPUTUSAN TEMUDUGA : 2 / 12 / 2013 (SIMPANAN LANTIKAN)
SPA CALL : 17 / 3 / 2014
STATUS URUSAN BERUBAH : 19 / 3 / 2014
SURAT TAWARAN SPA DAN JPA : 22 / 4 / 2014
LAPOR DIRI : 1 / 6 / 2014
tu dia maklumat yang admin boleh kongsi mana tahu boleh menjadi rujukan pada korang semua.. ade ke yang dapat jawatan sama admin, klu ade komen lah sikit kat bawah tu.. admin tak kena kan bayaran pun FOC katanyaaa...
nak cerita pula pasal kandungan yang terdapat di dalam surat tu..
1. Surat lantikan dari SPA
2. Borang Akuan Sumpah
3. Borang Laporan Perubatan
4. Maklumat pegawai perkhdimatan gunasama am persekutuan
5.Surat tawaran dari JPA berserta tempat krusus
no.1 hingga 3 tu adalah surat dari SPA dia tak sertakan sekali surat setuju terima lantiakan jadi kena lah print sendiri di protal spa bahgian setuju terima lantikan. bagi No.4-5 ne ne dari JPA so kena isi lah dan baca arahan betul2.. penempatan dia akan bgtahu selepas habis krusus.. krusus admin kat Bukit Tinggi, Pahang, ade yang sama tak?
okeylah tu sahaja yang dapat admin kongsi pada korang semua...
u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :
Wednesday, 23 April 2014
Tuesday, 22 April 2014
Contoh Surat Pelepasan Jawatan
Bagi mereka yang tercari-cari contoh surat pelepasan jawatan kat sini admin ada sertakan contoh surat pelepasan. surat ini khusus bagi penjawat awam yang mendapat tawaran berkhidmat di perkhidmatan lain dan bertukar gred jawatan.
u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :
Adam
Haris Bin Ahmad Tarmizi
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
77000 Seremban
Negeri Sembilan
Pengarah
Jabatan
Perkhidmatan Awam
236749
Putrajaya
Wilayah
persekutuan Putrajaya
Malaysia
Tuan/Puan
PELEPASAN JAWATAN
DENGAN IZIN BAGI JAWATAN (JAWATAN SEKARANG)
Dengan
segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk
2. Saya Adam Haris Bin Ahmad Tarmizi (123456-78-9012)
JAWATAN SEKARANG yang sedang
berkhidmat di TEMPAT KERJA SEKARANG
dengan ini memohon untuk melepaskan jawatan dengan izin bagi membolehkan saya
menjawat jawatan baru iaitu JAWATAN BARU.
Tarikh pelepasan jawatan dengan izin ini berkuatkuasa dengan tarikh saya
melapor diri ke jawatan baru. Bersama- sama dengan ini, saya sertakan lampiran
surat panggilan untuk melapor diri untuk tindakan tuan/puan.
3. Segala kerjasama dan perhatian tuan
berhubung dengan perkara ini amatlah saya hargai
Sekian,
terima kasih
………………………………………
u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :
Tips2 Bercuti D' Ho Chi Minh
Bagi meraka yang akan bercuti ke Ho Chi Minh akan datang kat
sini admin ada sediakan tips2 yang perlu disediakan atau di buat bagi
mengelakan perkara yang tidak di ingini berlaku sebelum,semasa
dan ketika bercuti. Antara perkara yang perlu dititikberatkan dalam bercuti ini adalah :
u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :
dan ketika bercuti. Antara perkara yang perlu dititikberatkan dalam bercuti ini adalah :
Tiket Penerbangan
-
Nampak senang tapi kadang2 hampir terlupa asaip
dok berangan je kan.. okey pastikan tiket telah di booking sebelum bercuti dan
pastikan tarikh, masa berlepas dan terminal berapa anda perlu berada.
2 Tempat Menginap (Hotel)
-
Haa.. yang ne penting, klu tak booking kat mana
lak nak bermalamkan.
3
Matawang
-
Yang ne korang kena amik tau sikit klu kat HCM
matawang yang digunakan adalah VND/Dong, tetapi kat sana juga boleh diterima
pakai matawang dollar(USD) dan Ringgit Malaysia(MYR) jadi korang tak perlu
risau..
4 Cari maklumat berkaitan tempat anda ingin
bercuti
-
Yang ne pun bagi meraka yang bercuti secara
individu atau bersama kawan. Yang pergi bersama tour travel tak perlu kot sebab
ada yang akan maklumkan. Okey sebelum pergi tu korang cari lah maklumat di
internet selalunya maklumat HCM dah banyak dekat BLOG2, dh ramai dh org kita ke
sana.
5
Alamat / No. Duta Malaysia di sana.
-
Yang ne bila korang berlaku apa-apa yang tidak
dingini spt hilang PASPORT.
Alamat : Consulate General Of Malaysian, HCMC
1208 Me Linh Point
Tower
No.2, Ngo Duc Ke
Street
Distric 1, Ho Chi
Minh City
Tel. : 848-38299023 / 848-3829 3132
6
Tempat Simpan duit
-
Yang ne sangat penting sebab kat sana ari tu ada
amoi Vietnam cakap kat HCM ne ada penyangak duit jangan simpan 1 tempat je..
simpan lah bnyk tempat.. dalam kocek,beg,dll..
7
Pasport
-
Yang ne take note yer.. sebelum pergi tu buat
salinan passport contoh : buat fotocopy, snap simpan dalam handfone dan simpan
dalam email..
8
Melintas jalan
-
Bab ne korang mesti tak sangka, ingat sama macam
kat Malaysia je kan.. sorry okey kat sini lain.. bagi meraka yang baru sampi
mesti terkejut so klu nak melintas tu kena yakin kli tak yakin jangan
melintas.. sebab kat sana semua jalan boleh masuk bab kata kawan admin jalan
kat sini bukan 2 way lagi tp ALL WAY.. haaaa
9
Membeli belah di HCM
-
Kalau sebut je Membeli wahh bukan main lagi
yer.. tapi kena ingat tau dan kena pandai, kat sini korang kena beza kan harga
mengikut matawang.. so dalam fone korang tu download lah software Currency
Conveter.. seriously guna duit USD lagi murah.
-
Yang ne korang kena pandai tawar menawar, klu
agak2 barang di mahal atau lebih kurang harga kat Malaysia korang tak yah lah
beli dan mintak tawar kalau dia tak nak bagi harag yang korang mintak.. so
angkat kaki bla je dari situ bnyk lagi kedai yang jual benda sama. Tapi bila dh
bla tu dia panggil balik bagi harga yang
korang nak.. heheh tu lah trick.. (jgn loby sampai harga tak loji dh)
-
Yang ne tak berapa best, aku kena dekat night
market, bagi harga baju kameja Polo mahal giler sampi RM120.00 pastu tak nak
beli sekali dia tarik baju mcm nak gaduh, klu tangan tarik sampai sakit. Ne korang
jangan takut, lawan je.. seriau tau adalah lah sikit…
1
Packing
-
Time balik ne mesti lah seronok kan habis dh
tempat semua g.. so bab paking ne korang kena amik tau sikit.. ingat barang apa
yang korang beli dan masukan.. takut nanti sampai je Malaysia, dua tiga barang taka
de.. so nak senang korang beli tali, atau grip plastic.. contoh macam kat Mydin
korang dh beli barang pastu nak masuk balik Mydin tu mesti beg plastic yang
dibawak dari luar di ikat..
Rasanya itu sahaja kot yang terlintas kat otak ne berkenaan
tips2 sebelum,semasa dan ketika bercuti di Ho Chi Minh..
u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :
Sunday, 20 April 2014
3th Days _ Trip Ho Chi Minh
Hari ketiga kami tidak ke mana mana kerana hari ne adalah hari terakhir
kami di bumi Saigon. Selepas sarapan pagi ini lah untuk kami packing barang barang yang telah dibeli. Flight kami berangkat
pulang dari Ho Chi Minh pada jam 3.15pm. jadi kami perlu bergarak awal untuk check-in dan perlu berada 2 jam awal sebelum flight berlepas.
Sepanjang saya berada di bumi Vietnam ini, banyak perkara yang boleh saya lihat dan faham berkaitan dengan adat budaya mereka. Betul kata perpatah " menimba ilmu biar sampai ke negara China"
u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :
2nd days _ Trip Ho Chi Minh
Agenda hari kedua ne agak santai sahaja disebabkan barang
yang kami beli semuanya telah diperolehi di Bhin Tay Market dengan harga yang
jauh lebih murah berbanding di Ben Thanh Market. Lokasi pada hari kedua hanya tertumpu di
sekitar jalan Ben Thanh Marjet dan Ben Thanh Market yang juga amat
dikenali oleh rakyat Malaysia. Di
sekitar ini juga terdapat hotel dan kedai makanan halal so tak perlulah risau
bagi sesiapa yang ingan datang ke ho chi minh untuk membeli belah
u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :
Hadapan Ben Thanh Market |
Dalam Ben Thanh Market |
Suasana di Ben Thanh Market serupa di Bhin Tay Market yang
agak unik disini peniaga disini ade yang fasih berbahasa melayu dan english
jadi tidak perlu risau untuk berkomunikasi. Bagi mereka yang hanya membawa sedikit matawang vietanam
(VND) anda tidak perlu risau kerana disini pengunaan matawang Ringgit Malaysia
(MYR) dan Dollar (USD) sangat meluas. Di sini juga terdapat Money Change yang
terletak berhadapan dengan Ben Thanh Market jika ingan menukar matawang
.
u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :
1st Day _ Trip Ho Chi Minh
Pertama kali menjejaki kaki di bumi Ho Chi Minh merupakan satu perasaan yang sangat teruja apa tidaknya, ini pengalaman yang pertama mengembara di bumi Allah ini. Penerbangan dari Airport Changi,Singapore mengambil masa selama 1jam jika tidak berlaku sebarang masalah teknikal atau sebagainya. Ketibaan saya di Airport Ho Chi Minh bagaikan satu ketidak percayaan, apa tidaknya ini kali ke-4 saya dan kawan2 membuat perancangan dan akhirnya tanggal 10 April – 12 April 2014 merupakan tarikhnya. Selesai je Check-in dibalai ketibaan Ho Chi Minh kami bergegas untuk mendapatkan teksi
Teksi yang kami naiki |
Vinasun Taxi merupakan pilihan kami, teksi ini adalah hak
milik kerajaan Vietnam. Perjalanan untuk sampi ke tempat penginapan kami lebih
kurang setangah jam dengan bayaran yang dikenakan sebanyak 165,000 VND. Sepanjang perjalanan menuju ke hotel apa yang menjadi tumpuan admin adalah Trafik Management dan Sistem bekalan tenaga elektrik. Hotel
yang kami menginap adalah Hoang Lien Hotel, hotel ini agak jauh sedikit dari
Ben Thanh Market tempat yang menjadi tumpuan pelancong untuk membeli belah.
Peta Hotel dan Ben Thanh Market |
Trafik Management di Ho Chi Minh |
Sistem Elektrik Berselirat |
20min adalah masa yang di ambil untuk kami meletakkan beg di
bilik. Habis segala urusan di bilik tepat pertama yang kami ingin kunjungi
adalah Bhin Tay Market. Bhin Tay Market terletak jauh di tempat kami menginap,
kami terpaksa berjalan kaki untuk mendapatkan perkhidmatan bas. Stesen bas ini
terletak di Ben Thanh Market dan bersebelahan round Round. Bus yang kami naiki
itu tertera NO.1 yang akan membawa kami ke Bhin Tay Market atau stesen Bus yang
terakhir. Bayaran yang dikenakan adalah 5,000 VND.
Stesen Bas ke Bhin Tay Market |
Bhin Tay Market, merupakan pusat membeli belah ataupun
membeli secara borong. Suasana dan barang yang di Bhin Tay Market serupa dengan
Ben Thanh Market yang beza disini adalah harga yang ditawarkan lebih murah
berbanding di Ben Thanh Market. Disini rata-rata perniaga tidak fasih berbahasa
melayu dan English jadi bila membeli ibarat “Itik dan Ayam” hehehe…
Hadapan Bhin Tay Market |
Pada sebelah malam pula agenda seterusnya kami akan ke Night Market yang terletak diluar Ben Thanh Market.. Suasana semasa para perniaga untuk mendirikan atau membuka kedai amat
luar biasa jarang dapat dilihat di sesetengah negara yang modan dan membangun.
Mereka hanya mengunakan motosikal dan tenaga untuk menolak muatan yang boleh
diangarkan beratnya mungkin melebihi 100kg. Suasana Night Market lebih kurang sama degan Pasar Malam di Malaysia yang membezakan adalah barang yang diniagakan dan juga harga yang ditawarkan.
u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :
Subscribe to:
Posts (Atom)
Info Ibu Hamil Taip Minggu
pada wanita yang hamil untuk kali pertama mesti ada rasa teruja untuk tahu perkembangan bayi dalam kandungan. untuk pengetahuan wanita yan...
-
Wah!!! tentu ramai yang mengeluh serta hampa berkenaan dengan ranking calon simpanan SPA. tu lah ragam calon, bila di beritahu ranking SULIT...
-
Wahh!!!! seronok sangat dapat macam-macam pangilan Interview tahun ne.. Sebelum ne kurang sikit, Jawatan kali ne agak sesuai dengan jiwa Ad...