Sunday, 20 April 2014

1st Day _ Trip Ho Chi Minh


Pertama kali menjejaki kaki di bumi Ho Chi Minh merupakan satu perasaan yang sangat teruja apa tidaknya, ini pengalaman yang pertama mengembara di bumi Allah ini. Penerbangan dari Airport Changi,Singapore mengambil masa selama 1jam jika tidak berlaku sebarang masalah teknikal atau sebagainya. Ketibaan saya di Airport Ho Chi Minh bagaikan satu ketidak percayaan, apa tidaknya ini kali ke-4 saya dan kawan2 membuat perancangan dan akhirnya tanggal 10 April – 12 April 2014 merupakan tarikhnya. Selesai je Check-in dibalai ketibaan Ho Chi Minh kami bergegas untuk mendapatkan teksi

Teksi yang kami naiki


Vinasun Taxi merupakan pilihan kami, teksi ini adalah hak milik kerajaan Vietnam. Perjalanan untuk sampi ke tempat penginapan kami lebih kurang setangah jam dengan bayaran yang dikenakan sebanyak 165,000 VND. Sepanjang perjalanan menuju ke hotel apa yang menjadi tumpuan admin adalah Trafik Management dan Sistem bekalan tenaga elektrik.  Hotel yang kami menginap adalah Hoang Lien Hotel, hotel ini agak jauh sedikit dari Ben Thanh Market tempat yang menjadi tumpuan pelancong untuk membeli belah.

Peta Hotel dan Ben Thanh Market

Trafik Management di Ho Chi Minh


Sistem Elektrik Berselirat


20min adalah masa yang di ambil untuk kami meletakkan beg di bilik. Habis segala urusan di bilik tepat pertama yang kami ingin kunjungi adalah Bhin Tay Market. Bhin Tay Market terletak jauh di tempat kami menginap, kami terpaksa berjalan kaki untuk mendapatkan perkhidmatan bas. Stesen bas ini terletak di Ben Thanh Market dan bersebelahan round Round. Bus yang kami naiki itu tertera NO.1 yang akan membawa kami ke Bhin Tay Market atau stesen Bus yang terakhir. Bayaran yang dikenakan adalah 5,000 VND.

Stesen Bas ke Bhin Tay Market

Bhin Tay Market, merupakan pusat membeli belah ataupun membeli secara borong. Suasana dan barang yang di Bhin Tay Market serupa dengan Ben Thanh Market yang beza disini adalah harga yang ditawarkan lebih murah berbanding di Ben Thanh Market. Disini rata-rata perniaga tidak fasih berbahasa melayu dan English jadi bila membeli ibarat “Itik dan Ayam” hehehe… 

Hadapan Bhin Tay Market









Pada sebelah malam pula agenda seterusnya kami akan ke Night Market yang terletak diluar  Ben Thanh Market.. Suasana semasa para perniaga untuk mendirikan atau membuka kedai amat luar biasa jarang dapat dilihat di sesetengah negara yang modan dan membangun. Mereka hanya mengunakan motosikal dan tenaga untuk menolak muatan yang boleh diangarkan beratnya mungkin melebihi 100kg. Suasana Night Market lebih kurang sama degan Pasar Malam di Malaysia yang membezakan adalah barang yang diniagakan dan juga harga yang ditawarkan.







u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Wednesday, 9 April 2014

Pra_Ho Chi Minh City

Aloooo... so tried today... mana tidaknya tergesa gesa nk berangkat ke Johor Bahru.. esok dh naik flight ke ho chi minh.. yahooooo!!!!! tak di sangka tiba juga harinya walau berkali postpont.. pagi tadi den keje macam biasa tp mintak half day.. sbb tak nak terkejar kejar.. alhamdulilah dapat half day.. so bertolak dari umah jam 2.00 petang.. jalan tidak berapa sibuk sgt.. so sampai di JB dalam jam 5.15 petang.. mulanya nak ke rumah member oleh kerana awal ambil member kat opis dia..

Sebelum balik tu perkena dulu makan.. ingat dapat lah rasa pisang goreng chess yang FOFULAR kat Johor.. sekali kedai tak buka, hampa sungguh tapi tak apa after back from Ho Chi Minh terus terjah.. hihi
So tempat makan bertukar akhirnya sampai lah di Setulang betul2 dekat ngan Singapore.. boleh tahan juga menu nya... tp air dia memang terbaekkkk nescafe ais dia memang UMPH!!!! Korang mesti cuba...



Oklah yer smpi sini je pra_ho chi minh nya.. ponek dah esok nak bgn awal.. nk kejar flight.. nnti den update story di ho chi minh...

Tuesday, 8 April 2014

Jawatan Kosong 286 kekosongan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Pada Bulan April kali ini banyak jawatan kosong yang di tawarkan oleh sektor awam. Kekosongan kali ini adalah sebanyak 286 kekosongan mengikut kelulusan. berkhidmat di sektor awam kini menjdi kegilaan kepada semua lapisan masyarakat terutama pada mereka yang telah tamat pengajian.



kali ini yang ingin saya highlight kan adalah jawatan Pembantu Tadbir (kewangan) Gred W17.. Jawatan ini sangat lah popular dan banyak kosong apa tidak nya tahun lepas 3 kali pengambilan dan tahun ini diperlukan seramai 127 orang.. Saya juga pernah menghadiri sesi temuduga ini. dan saya ingin kongsikan serba sedikit pengalaman saya pada anda.. korang juga boleh follow entry saya sblm ini   klik sini

kalau korang nak lagi info boleh tinggalkan komen korang kat bawah berserta email :)


u Follow i Follow Too
Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Info Ibu Hamil Taip Minggu

pada wanita yang hamil untuk kali pertama mesti ada rasa teruja untuk tahu perkembangan bayi dalam kandungan. untuk pengetahuan wanita yan...