Thursday, 27 March 2014

Blogger : Jana Pendapatan mengunakan H12

Bagi yang baru berjinak jinak dalam bidang blog, mesti tertanya tanya macam mana ingin mendapatkan income sampingan. bermacam cara yang dilaku kan.. tetapi perlu ingat ada juga iklan yang scam, dan tidak mendatangkan apa apa hasil. bagi yang susah untuk mendapatkan adsens dari google ada juga cara yang mudah untuk mendapatkan hasil keuntungan hanya perlu mendaftar diwebsite tersebut. disini saya nak berkongsi satu rahsia bagi mana ingan meningkatkan pendapatan melalui blog anda.

langkah langkah

1. Pastikan anda mempunyai email yang berdaftar dengan Google.

2. Buat blog yang anda ingan kan

siap semua urusan berkenaan anda perlu mendaftar di website pengiklanan

3. Daftar dan ikut langkah yang dinyatakan

klik link ini untuk mendaftar  :) selamat mencuba


u Follow i Follow Too
 Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Friday, 21 March 2014

Lantikan Tetap : Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17

Well... terasa gembira dan terasa berada di awang awangan.. kui kui kui..
yang baru follow mesti tak tahu apa apa kan.. so den maleh nak cerita balik, jadi korang kena baca kat post yang dahulu (klik sini)..

17 Mac 2014.. jam 12.51pm dapat panggilan dari Bahagian Pengambilan Khas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.. terasa happy wehh..

SPA : Assalalammualaikum, Ini En. ..............
Den : Ye saya (dalam hati rasa nk menjerit je)
SPA :  En. ada mohon jawatan PTW kan...
Den : Ye, kenapa tu
SPA : Saya nak mintak en Fax kan slip gaji dan Buku rekod perkhidmatan.. sebelum esok pagi
Den : ok.. No. Fax dan Up kepada siapa yer?
SPA : 03888xxxxx, Up : Pn Siti


Habis je ckp terus off henpon.. pastu jerit kuat2... kikiki..
so esok nya terus aku fax kan semua menatang yang di mintak tu...

korang mesti pelik.. kan why? kena fax benda tu sedang kan gred 17.. untuk pengetahuan korang aku ne merupakan penjawat awam tetapi di bawah lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).. aku skg berkhidmat di sebuah sek.. sbg pembantu makmal gred 17.. mesti korang lagi pelik.. dh gred 17 tp knp mintak gred 17 lagi? bagi aku lah kan pembantu makmal bawah SPP ne.. peluang untuk naik Gred ke 27 keatas amat payah.. tu pasal lah aku mintak lain...

k, tu sahaja.. nnti klu aku dh dapat surat aku update lagi k.. bye..




u Follow i Follow Too Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Monday, 17 March 2014

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Menjawat jawatan dalam sektor awam menjadi tumpuan rakyat malaysia akhir akhir ini. Dianggarkan lebih 1 Juta permohonan telah diisi pada tahun 2013 dan awal 2014. Fenomena ini amat luar biasa bagi sektor perkhidmatan awam. berkhidmat di sektor awam memberi kelebihan dan manfaat. Pelbagai elaun dan kemudahan yang diberikan, selain itu juga berkhidmat di sektor ini menjamin kehidupan masa depan diri dan juga keluarga. Pada Bulan Mac 2014 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam malaysia mencari pemohon yang berkelayakan dan berkualti bagi mengisi kekosongan itu. Jumlah kekosongan sebanyak 311.


Pembantu Belia Dan Sukan Gred S17
Kementerian Belia dan Sukan
11 kekosongan


Pembantu Tadbir (Pekeranian dan Operasi) Gred N17
Jabatan Perkhidmatan Awam
300 kekosongan


Permohonan boleh ke Klik Sini



u Follow i Follow Too Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Sunday, 16 March 2014

Shila Amzah SuperB

Semenjak memenangi pertandiangan Asian Wave pada tahun 2012 di China pelantun lagu Patah Seribu ini masih lagi tidak duduk diam, dengar cerita shila telah menyertai satu program realiti Tv iaitu I'm A Singer. Pertandingan ini bukan calang calang kerana perserta yang memasuki program ini adalah artis artis yang meletop di china dan mempunyai nama dan peminat yang ramai. Agak agaknya mampukah pelatun Patah Seribu ini mengulangi detik detik manis sebagi juara Asian Wave. Mari kita saksikan lagu yang dibawa dalam Program realiti TV di China.



21 Feb 2014
Xiang Ni De Ye By Shila Amzah
Result = Rank No.2

28 Feb 2014
Zue Chang De Dian Ying By Shila Amzah
Result = Rank No.4

7 Mac 2014
Listen By Shila Amzah
Result = Rank No.3

14 Mac 2014
Forever Love  By Shila Amzah
Result = Rank No.3

21 Mac 2014
Rolling In The Deep By Shila Amzah
Result = Rank No.1

28 Mac 2014
Semi Final
Yang Chong By Shila Amzah
Result = rank No.6

4 April 2014
Final
When You Believe Bye Shila Amzah Ft Susan Huang
Mama By Shila Amzah
Result = rank No. 3

shila amzah u'r superB
Love u..

u Follow i Follow Too Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Saturday, 15 March 2014

Fear Factor Malaysia Musiam Ke-2

Fear factor Malaysia merupakan rancangan realiti show yang mencabar ketahanan fizikal,mental dan perasaan peserta. Fear factor Malaysia yang pertama telah menunjukan perkembangan yang positif, dan dengan itu pihak Astro telah mewujudkan musim baru dikenali Fear Faktor Malaysia 2. Host yang mengacarakan program ini masih lagi Aaron Aziz dan kelainan disini adalah peserta terdiri daripada Selebriti Malaysia dan juga peminat. Dan dibahagijan kepada dua kumpulan, kumpulan A dan B. Satu kumpulan terdiri dari pada dua orang iaitu Selebriti dan Peminat.






jika korang terlepas menyaksikan fear factor malaysia boleh lah tonton secara online di sini


Episod 1                   Episod 2                           Episod 3                     Episod 4


Episod 5                   Episod 6                           Episod7                      Episod 8

Episod 9                   Episod10                          Episod 11                   Episod 12

Episod 13                 Episod 14                         Episod 15                   Episod 16

Episod 17                 Episod 18                         Episod 19                   Episod 20

Episod 21                 Episod 22                         Episod 23                   Episod 24

Episod 25                 Episod 26                         Episod 27                   Episod 28


u Follow i Follow Too Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Wednesday, 5 March 2014

Tips dan Contoh Soalan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP27

 Berkerja dalam sektor awam menjadi idaman bagi rakyat malaysia sejak akhir akhir ini. Tetapi peratus untuk melepasi tapisan awal yang dikenakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam amatlah payah.. disini adam ingin kongsi  Tips dan Contoh soalan bagi jawatan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP27

tips

1. Pastikan anda membawa surat / silp peperiksaan
2. Kad Pengenalan diri
3. Alat Tulis (pen,pensil 2B, kakulator
4. Berpakaian Sopan
5. Solat dan Berdoa


Contoh Soalan

klik link --------- Pen. Pegawai Keselamatan Gred KP27


u Follow i Follow Too Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Tips dan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29

Berkerja dalam sektor awam menjadi idaman bagi rakyat malaysia sejak akhir akhir ini. Tetapi peratus untuk melepasi tapisan awal yang dikenakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam amatlah payah.. disini adam ingin kongsi  Contoh soalan bagi jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29.

Bagi yang masih belum semak jadual peperiksaan boleh klik link ------ Jadual Peperiksaan F29

Contoh soalan bagi peperiksaan klik disini ------- Pen. Pegawai Teknologi Maklumat F29
 adam harap ia dapat membantu calon calon semua.. Good Luck dari adam..

u Follow i Follow Too Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Monday, 3 March 2014

Kedai Kain 1 Malaysia (KK1M)

Bila tiba hari raya
Semua insan bergembira
Tetapi bagiku hanya kesedihan
Menyelubungi hidup 

Cehhh macam esok raya pulak, tahun 2014 ne hari raya jatuh pada bulan Julai, mesti korang pelik sangat, puasa pun belum tiba tiba je stori mori bab raya... bukan apa adam nak share kat oulls pasal kedai kain 1 malaysia ne, walaupun agak dh lama KK1M ne, tapi baru sekarang adam masuk kedai berkenaan maklum lah kat tempat sendiri belum ada.. so bila dh ada ambil lah peluang untuk menerjah...

Terjah menerjah yeeeee
Dimana keadilannya
Kini aku menerjah terjah menerjah

Dh macam melodi pulak..kikiki opss!!!!! Di kedai kain 1 malaysia ne boleh tahan juga kualiti dan harga kain untuk golongan berpendapatan rendah.. meh tengok gambar nya... bak kata korang biar gambar yang berbicara giteww... ahakss!!!

p/s=haii gegirlss gegirlss dh twmpah baju raya lom.. klu lom cepat2 beli kain ela yerr...

Monday, 17 February 2014

Ho Chi Ming aku DatanG...

                                                           Tomok_ Aku DatanG

Aku datang kepadamu
Aku datang mencarimu
Tapi kau pergi dariku
Bagai bayu di jari jari ku

Aku datang dengan rindu
Aku datang dengan pilu
Tapi kau terus membisu
Bagai bintang dingin menjauh

wahhhh.. terasa sangat mcm nak naik flight esok hehe... :) Saje nak sahre dengan korang, untuk pengetahuan korang yang baca blog adam, adam akan melancong dan menghabiskan duit dekat Ho Chi Ming City.... Rakyat Malaysia ramai yang berkunjung ke sama Al maklumlah Syurga membeli belah katanya.. 

Adam akan ke HCM City pada 10 April 2013, so ada masa dalam 2 bulan lagi tapi dh macam terasa esok je nak pergi.. tapi ia agak berlainan sikit, adam akan ke sana menaiki pesawat Airbus dari Singapura.. kenapa tak ke LCCT? adam ikut kawan-kawan dari Johor so dia orang lebih senang naik dari sana. kali ini merentasi 2 negara Singapore dan Ho Chi Ming.. 

Booking tiket Singapore Airline
Apa persediaan Adam? Firstly mesti lah Verangan!!!! haaaaaaa 
entah lah adam pun tak tahu nk sedia kan apa sebab terlalu awalkan, keje pun banyak.. wat blur2 je lah lagi pun di antara kami sudah ada yang ke sana so adam tak perlu risau.. 


Persediaan ke HCM City..

1. Tengok mata wang Negara Vietnam (Dong), 
 - kalau korang nak tau 1 dong berapa Ringgit Malaysia boleh lah ke www.xe.com

2. Baca Blog-blog yang pernah melancong kesana.. nanti tak delah korang tercari-cari bila tiba disana..

setakat tu je lah yang adam buat masa ne...

u Follow i Follow Too Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Friday, 14 February 2014

Rukun Islam Ke-4


Assalammualaikum... Salam Peghulu hari..

Adam Nak kongsi sedikit berkitan dengan Rukun Islam yang ke-4, Ia nampak mudah bagi semua umat islam tetapi sebilangan dari kita sering terlupa termasuk lah diri sendiri.

Rukun Islam adalah satu perkara yang sangat asas dan utama dalam agama Islam. Untuk memudahkan kefahaman, dalam bahasa yang lebih mudah, Rukun Islam boleh diertikan sebagai Tiang-Tiang Asas Agama Islam’. Dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil sebagai The Pillars of Islam’.

  Rukun Islam mengandungi 5 perkara asas dan WAJIB dilakukan oleh orang Islam. Senarai rukun serta penerangan ringkas bagi setiap rukun tersebut adalah seperti di bawah.

  1. Mengucap dua kalimah syahadah dan menunaikan Haknya.
  2. Menunaikan solat fardu lima waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan
  4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
  5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu
Kalau di Negeri Adam, Negeri Sembilan bagi mereka yang membayar zakat mendapat manfaat diskaun yang diberikan oleh syarikat-syarikat, klinik-klinik, kedai runcit, kedai makan dan sebagainya...



Kad Diskaun yang diberikan



u Follow i Follow Too Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Monday, 3 February 2014

Cucur Udang Alor Gajah, Melaka




 Mood bercuti masih lagi terasa, CNY hanya 2 hari je.. hurmm mcm P.Ramlee cakap " Selagi Hidup kerja-kerja". Rasa belum terlambat untuk adam ucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada semua yang menyambutnya pada tahun kuda. Cuti-cuti ne korang kemana? Adam ke Melaka so adam nak promote kat Oulls makanan yang sangat digemari di Alor Gajah, Melaka pada sesiapa yang tinggal di Alor gajah amnya dan Melaka Umum nya mungkin sudah tahun berkenaan Cucur / Kuih Udang Alor Gajah ini.

Kueh Udang Alor Gajah Melaka

Kueh Udang / Cucur Udang ini sangat popular di daerah Alor Gajah, kenapa sangat Popular? kalau korang nak tahu, nak buat pesanan kueh udang ne korang kena berbaris.. bukan berbaris untuk berkawat okey, berberis beratur panjang, tak percaya? nak buktinya adam dh berkali beratur just kali ne baru nak sahre dekat Blog.

Barisan Cucur Udang
See? masa adam sampi pun dah panjang baris tu, masa dh sampai kat kaunter oder pun adam toleh kebelakang pun masih lagi berduyun-duyun orang beratur? bertapa power nya kueh udang dia.. kena cuba tu...

Kueh Udang







 tu dia Kueh udang yang di oder, Sedap??? tu korang kena rasa macam mana, so jangan malu2 singgah ke alor gajah.

tips bagi yang nak ke Alor gajah..

Bagi yang dari Highway Kuala Lumpur Atau Johor Baharu korang boleh masuk melalui Tol Simpang Ampat, Alor gajah dan ikut singboard Alor gajah atau Bandaraya Melaka. Bagi yang datang dari Melaka korang boleh ambil signboard Alor Gajah. Kedai Kueh alor gajah ini memang terletak di pusat bandar alor gajah, memang tak susah nak cari.

Waktu Urus Niaga : 12.00 T/hari hingga 8.00 Malam

Set Makanan : 1 Orang Makan - RM2.50
                        2 Orang Makan - RM4.50
                        3 Orang Makan - RM6.00
                        4 Orang Makan - RM8.00
                        5 Orang Makan - RM10.00



 u Follow i Follow Too Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Info Ibu Hamil Taip Minggu

pada wanita yang hamil untuk kali pertama mesti ada rasa teruja untuk tahu perkembangan bayi dalam kandungan. untuk pengetahuan wanita yan...