Monday, 17 February 2014

Ho Chi Ming aku DatanG...

                                                           Tomok_ Aku DatanG

Aku datang kepadamu
Aku datang mencarimu
Tapi kau pergi dariku
Bagai bayu di jari jari ku

Aku datang dengan rindu
Aku datang dengan pilu
Tapi kau terus membisu
Bagai bintang dingin menjauh

wahhhh.. terasa sangat mcm nak naik flight esok hehe... :) Saje nak sahre dengan korang, untuk pengetahuan korang yang baca blog adam, adam akan melancong dan menghabiskan duit dekat Ho Chi Ming City.... Rakyat Malaysia ramai yang berkunjung ke sama Al maklumlah Syurga membeli belah katanya.. 

Adam akan ke HCM City pada 10 April 2013, so ada masa dalam 2 bulan lagi tapi dh macam terasa esok je nak pergi.. tapi ia agak berlainan sikit, adam akan ke sana menaiki pesawat Airbus dari Singapura.. kenapa tak ke LCCT? adam ikut kawan-kawan dari Johor so dia orang lebih senang naik dari sana. kali ini merentasi 2 negara Singapore dan Ho Chi Ming.. 

Booking tiket Singapore Airline
Apa persediaan Adam? Firstly mesti lah Verangan!!!! haaaaaaa 
entah lah adam pun tak tahu nk sedia kan apa sebab terlalu awalkan, keje pun banyak.. wat blur2 je lah lagi pun di antara kami sudah ada yang ke sana so adam tak perlu risau.. 


Persediaan ke HCM City..

1. Tengok mata wang Negara Vietnam (Dong), 
 - kalau korang nak tau 1 dong berapa Ringgit Malaysia boleh lah ke www.xe.com

2. Baca Blog-blog yang pernah melancong kesana.. nanti tak delah korang tercari-cari bila tiba disana..

setakat tu je lah yang adam buat masa ne...

u Follow i Follow Too Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Friday, 14 February 2014

Rukun Islam Ke-4


Assalammualaikum... Salam Peghulu hari..

Adam Nak kongsi sedikit berkitan dengan Rukun Islam yang ke-4, Ia nampak mudah bagi semua umat islam tetapi sebilangan dari kita sering terlupa termasuk lah diri sendiri.

Rukun Islam adalah satu perkara yang sangat asas dan utama dalam agama Islam. Untuk memudahkan kefahaman, dalam bahasa yang lebih mudah, Rukun Islam boleh diertikan sebagai Tiang-Tiang Asas Agama Islam’. Dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil sebagai The Pillars of Islam’.

  Rukun Islam mengandungi 5 perkara asas dan WAJIB dilakukan oleh orang Islam. Senarai rukun serta penerangan ringkas bagi setiap rukun tersebut adalah seperti di bawah.

  1. Mengucap dua kalimah syahadah dan menunaikan Haknya.
  2. Menunaikan solat fardu lima waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan
  4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
  5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu
Kalau di Negeri Adam, Negeri Sembilan bagi mereka yang membayar zakat mendapat manfaat diskaun yang diberikan oleh syarikat-syarikat, klinik-klinik, kedai runcit, kedai makan dan sebagainya...



Kad Diskaun yang diberikan



u Follow i Follow Too Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Monday, 3 February 2014

Cucur Udang Alor Gajah, Melaka




 Mood bercuti masih lagi terasa, CNY hanya 2 hari je.. hurmm mcm P.Ramlee cakap " Selagi Hidup kerja-kerja". Rasa belum terlambat untuk adam ucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada semua yang menyambutnya pada tahun kuda. Cuti-cuti ne korang kemana? Adam ke Melaka so adam nak promote kat Oulls makanan yang sangat digemari di Alor Gajah, Melaka pada sesiapa yang tinggal di Alor gajah amnya dan Melaka Umum nya mungkin sudah tahun berkenaan Cucur / Kuih Udang Alor Gajah ini.

Kueh Udang Alor Gajah Melaka

Kueh Udang / Cucur Udang ini sangat popular di daerah Alor Gajah, kenapa sangat Popular? kalau korang nak tahu, nak buat pesanan kueh udang ne korang kena berbaris.. bukan berbaris untuk berkawat okey, berberis beratur panjang, tak percaya? nak buktinya adam dh berkali beratur just kali ne baru nak sahre dekat Blog.

Barisan Cucur Udang
See? masa adam sampi pun dah panjang baris tu, masa dh sampai kat kaunter oder pun adam toleh kebelakang pun masih lagi berduyun-duyun orang beratur? bertapa power nya kueh udang dia.. kena cuba tu...

Kueh Udang







 tu dia Kueh udang yang di oder, Sedap??? tu korang kena rasa macam mana, so jangan malu2 singgah ke alor gajah.

tips bagi yang nak ke Alor gajah..

Bagi yang dari Highway Kuala Lumpur Atau Johor Baharu korang boleh masuk melalui Tol Simpang Ampat, Alor gajah dan ikut singboard Alor gajah atau Bandaraya Melaka. Bagi yang datang dari Melaka korang boleh ambil signboard Alor Gajah. Kedai Kueh alor gajah ini memang terletak di pusat bandar alor gajah, memang tak susah nak cari.

Waktu Urus Niaga : 12.00 T/hari hingga 8.00 Malam

Set Makanan : 1 Orang Makan - RM2.50
                        2 Orang Makan - RM4.50
                        3 Orang Makan - RM6.00
                        4 Orang Makan - RM8.00
                        5 Orang Makan - RM10.00



 u Follow i Follow Too Tinggalkan Komen Hensem Korang :

Monday, 27 January 2014

Solat Sunat Hajat (12 rakaat)

Solat sunat hajat biasanya dilakukan pada 2/3 malam iaitu diantara 12 tgh malam hingga 3 pagi. Solat sunat hajat ini bertujuan untuk meminta pertolongan dari pada Alah S.W.T, antara perkara yang selalu dipinta oleh umat-umatnya adalah kebahagaian di dunia dan akhirat.

Kandungan solat hajat.

1. Niat
2. Bacaan surah-surah
3. Doa selesai solat

Tuesday, 21 January 2014

Apa Itu SIMPANAN LANTIKAN SPA !!!!!!!!!!!!!

Haiiii.. semua, pasti ramai yang tertanya apa itu SIMPANAN LANTIKAN SPA. Kalau siapa yang pernah pergi interview spa dan mendapat status urusan ini pasti tertanya-tanyakan. termasuk lah diri ini. Pelik juga kan sebab sebelum ini status urusan hanya akan tertera CALON SIMPANAN selama satu tahun.

Ada juga bermacam Fakta dan jawapan yang diterima oleh adam dekat Bloger dan Facebook antaranya :

1. Simpanan Lantikan sebenarnya adalah dari Calon Simpanan. Pihak SPA telah mengUPDATE sistem. tu yang status urusan berubah, tetapi maksud tetap sama, cuma sekarang semua calon simpanan akan dilantik tetap dan tiada tempoh. (boleh rujuk dekat entry sebelum ini)

2. Ade juga andaian yang berkata mcm ne..( ikut turutan?)

    Calon Simpanan -> SIMPANAN LANTIKAN -> Lantikan Tetap

Tetapi terlalu awal untuk kita berkata betul atau tidak yang pasti korang kena lah Call pihak SPA sendiri untuk mengesahkannya..


Yang ini SAH dari Pihak SPA..

Urusan pertanyaan dari Pihak SPA




Monday, 13 January 2014

Aku Dan Pasport Dan Imigresen

Assalammualikum... Oulls....

Semangat betul adam nak buat pasport ye lah nak g Oversea kan. Sebelum ne tak pernah tu pasal semangat semacam aje. adam akan melancong ke Vietnam, orang kata barang murah kat sana BETUL ke?


Pagi sabtu 11/01/2014 tu bergerak dari rumah pukul 7.30pagi.. menuju ke Pejabat Jabatan Dalam Negeri, Ayer Keroh konon nak pergi buat Pasport. Rata rata orang cakap buat kat Imigresen kat ayer keroh ne cepat sikit kaunter banyak kan. Sekali bila Sampai sana ada satu makcik Guard..

Adam : Jabatan imigresen kat Level berapa?
Makcik Guard : Nak buat Pasport ke?
Adam : ye
Makcik Guard : Kat sini sabtu ahad dah x buat pasport kau nak buat pergi kat UTC MELAKA..

Perghh..... bila dengar macam tu geram semacam lah kan.. bangun awal nk dapatkan NO. gilir awal sekali boleh pulak dah tukar time.. nak g kat UTC tu makan masa lagi. sure mesti dah ramai.. dalam hati ne rasa nak marah je dekat pentadbiran Imigresen tu..  

PERHATIAN KEPADA JABATAN IMIGRESEN MELAKA AYER KEROH, JIKA URUSAN PASPORT TIDAK LAGI BUAT PADA HARI SABTU DAN AHAD SILA MAKLUM DI WEBSITE.. DAN KEPADA PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN JURUTEKNIK KOMPUTER TOLONG UPDATE SISTEM WEBSITE. APA KORANG MAKAN GAJI BUTA KE?  JANGAN KERANA KORANG NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA..

Bergegas ke UTC Melaka dengan kelajuan Maksimum. hihihi Sampai je kat pekarangan UTC tu melangkah laju.. Fuh2x.. Sampai jugak kat sana.. kat kaunter ambil No. selamat baru buka orang tak ramai lagi yang datang.. lega.
NO.1007/ No.7


Duduk menunggu giliran.. mula2 namapak slow je kaunter tu mana tak nya 2 kaunter je buka dari 6 kaunter. tak lama lepas tu 1 kaunter di tambah.. makin laju pulak no di panggil.. dari hati nak mendidih kembali Cool... ye lah kat ayer keroh dah mcm tu.. kat sini mcm ne.. selamat kat sini okey.
Tunggu Giliran
 NO.1007 kaunter 3.. no adam dah naik ramah mesra pegawai berkenaan.. bertambah sejuk hati ne. siap je kena tunggu 1jam untuk ambil pasport..

15min...
30min..
45min..

NO.1007 kaunter 7.. ehh belum 1 Jam lagi.. wahh cepat betul.. alhamdulilah.. jimat masa sebab lepas ne nak g tukar tayar empat2 bijik.. Pokai Oooo...




Siap juga akhirnya.. Let"s Go tukar tayar..

Good Year je..
Kedai ne kawan yg suggest dia kata murah.. murah ke? Good Year 4 biji 600...

#KO.. RASA?


Tak kan Baca je.. Komen lah Sikit..



Monday, 6 January 2014

Interview ke-2 Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera (Kej. Awam) Gred J29

Halooo!! Halooo... Entry kali ini adam hendak kongsi lagi serba sedikit berkenaan Interview adam tepai berbeza jawatan yang sebelum ini http://htagkorasa.blogspot.com/2014/01/interview-pembantu-tadbir-kewangan-gred.html. Interview kali ne jawatan peringkat Diploma, Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera (Kej.Awam) Gred J29, sebenarnya adam tak sangka lansung sangkut jawatan ne, ye lah susah tau nak dapat jawatan peringkat ne.. Calon yang memohon je dah beribu2.. adam lebih berminat jawatan Gred 17 disebabkan kekosongan adalah banyak.. tapi dah di panggilkan pergi je lah kalau dapat Alhamdulilah rezeki kan..


Masa ne adam tengah Sibuk study berkenaan dengan jawatan Pembantu Tadbir (kewangan) Gred  W17. Interview pada 23/10/2013.. Masa cek balik status Urusan dekat borang SPA8i.. sekali keluar ini... Anjat Boboiiii

Jadual temuduga Gred J29

Jantung berdegup bila terbaca status urusan macam ne... Gembira tentu sekali tapi berbaur risau sedikit sebab Interview Pembantu tadbir (kewangan) tak satel lagi.. huyyyaiii pening tau... tapi tak pe Be Profesional Adam Haris Bin Ahmad Tarmizi.. Macam biasa Step untuk menghadapi temuduga kali ne sama macam sebelum ne.. cuma berbeza sedikit adalah maklumat jawatan..

  • Maklumat Kementerian / Jabatan
  • Maklumat Jawatan yang dipohon
  • Akta yang terlibat dengan JKKP
    • Akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994
    • Akta Kilang dan Jentera
    • Akta Langkah langkah Keselamatan Petroleum

Perghhhh... meleleh ooooo nak baca dan nak cari maklumat tu... ada yang akta isi kandungan berbahasa Omputih... dh lah lidah Sambal Belacan.. macam mana lah ne... Tapi adam beruntung selamat ada kawan yang kerja Part Keselamatan Industri tapi swasta lah... jadi adam mintak semua semua info kat dia... So lepas dh baca semua tu memang senang rupanya.. tapi risiko sangat besar.

Adam kena hadir interview 11/11/2013.. rezeki adam tahun 2013 ne bulan 10 gred 17 bulan 11 gred 29.. macam biasa lah adam penuh semangat datang awal. bila datang awal dari urusetia dan panel jadi adam kali ne dapat Calon No.1 kali ne berbeza sedikit Panel keduanya datang dari Jabatan/Kementerian dari SPA tiada lansung.. kira masa perkenalkan diri tak dapat nk cerita banyak banyak..

korang nak tahu apa yang disoal? HAMPEH!!!! satu pun tidak ada pasal Ketiga-tiga akta berkenaa.. memang geram habis.... penat adam baca, megingat pasal Dandang stim lah, Mesen Angkat lah.. OSHA.. dia soal pasal berkaitan kerja yang kita lakukan... sure2 lah adam keje lari KOS... tapi tak pe ikut je rentak Panel tu jawab je apa yang disoal... tapi yang kali ne 35min oooo.. tapi yang best Adam tak Nerves sebaliknya Semangat berkobar kobar..

habis je disoal, keluar dengan senyuman mengharap.. harap Panel tu faham lah.. #bagi lah markah banyak sikit.. so adam kongsi sikit2 apa yang disoal kat dalam tu dengan Calon calon lain.. semoga kalian berjaya..

Keputusan temuduga keluar pada 12/12/2013 tetapi di percepatkan pada 5/12/2013

Calon Simpanan

Amin... sukur sangat sangat sekurang kurangnya adam ada harapan untuk jawatan J29 bila SPA dah buat Transformasi...




20 bagi calon simpanan



#Ko... Rasa??? bila adam dipanggil...
Adam HArap tahun ne... IN SYA ALLAH






Friday, 3 January 2014

Interview Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred w17



Selamat Tahun Baru.. ramai betul bloger-bloger yang update pengalaman temuduga di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA), jadi adam pun hendak kongsi serba sedikit pengalaman adam semasa menghadiri temuduga tersebut.

Surat Pangilan Temuduga
Okey.. bila dapat je pangilan tahu pangilan temuduga, memang seronok giler mana tak nya susah tau nak melepasi tapisan SPA. Perkara pertama yang adam buat, adam baca surat pangilan tu dan fahamkan apa yang di kehendaki. so sediakan lah semua dokumen-dokumen lengkap. siap semua urusan berkenaan kena cari maklumat berkenaan dengan Pembantu Tadbir (kewangan).

Perkara pertama yang adam nak cari kat internet :

1. Senarai Menteri
2. Raja-Raja dan Permaisuri Agong
3. Maklumat Jabatan berkenaan
4. Isu semasa - tempatan,dunia,sukan,politik, isu-isu terbaru ( elok baca surat khbar @ internet)
5. Tugas-tugas  PT. Kewangan
6. Buku-buku berkaitan dengan kewangan(cnth: pic kat bawah ne)

Buku ne lah
naik berpinar mata bila tengok buku tu, tebal giler.. dah lah tebal tak bergambar lak tu, adam lak jenis yang tak suka mebaca ne. selak-selak je lah... amik yang rasa penting je.

Pada 23/10/2013 ne, detik yang di nanti tiba. rasa cuak, cemas semua ada. Adam bertolak dari rumah pukul 5.30pagi. yelah duduk jauh kena lah bertolak awal masa interview pukul 8.00 pagi kan.. nak kena rehat setengah jam awal sebelum masuk interview. kalau tak ade rehat mahu gelabah adam.. tak tahu lah adam ne memamg gemuruh kalau pergi mana-mana temuduga. Sampai je Seremban 7.30pagi memang dah buget masa pun sebelum bertolak dari rumah. Sebab nak cari parking dekat wisma persekutuan tu memang susah, tu yang datang awal sikit.

Dengan langkah yang penuh semangat menujulah ke tingkat 3, pejabat tenaga Kerja seremban.. samapi2 je kat sana sorang pun tak ada lagi baik calon, panel penemuduga dan urusetia SPA.. dalam hati terdetik semangat punya pasal amik kau.. tapi apa-apa pun sempat lah adam nak membaca sikit untuk freshkan otak ne. tak lama lepas tu 2,3 orang calon sampai. urusetia pan dah ade.

Haaa.... walau adam datang awal pun, adam dapat No.5 hehe, saje bagi orang lain regester awal, calon pertama masuk dalam 15min.. lepas 15min tu keluar degan muka hampa je.. adam tanya lah apa panel tanya.. sekali kau panel tanya politik+exco2 negeri sembilan dan berkiatan dengan negeri sembilan sikit pun tak tanya pasal kewangan... Amik kau adam haris Bab tu kau x study...

kentalkan hati je adam ne.. lantak kau lah panel nak tanya apa pun.. sebab adam tak harap sangat jawatan ne, sebab tahu tak dapat. kira dh berserah abis ne sebelum masuk.. haa tiba lah turn adam... tuk.. tuk... (ketuk pintu) dan beri salam.. sedikit senyuman dilemparkan dengan harapan di balas balik.. Perghhhhhh.... ketat siuttt muka Panel tu...

Panel SPA : Sila duduuk
adam :terima kasih tuan
Panel SPA : perkenalkan diri anda
Adam : Nama adam haris bin Ahmad tarmizi ...... bla.. bla.. bla...
(tips : masa perkenalkan diri kalau boleh cerita bagi lengkap, panjang dan padat jangan sampai panel tegur lagi.. lagi.. lagi.. sebab pendek sangat)
Panel SPA : Awak gementar ye.. Awak ne lelaki kenapa gementar..
Adam : senyum je ( dalam hati dah semula jadi mcm ne kalau g temuduga nak buat macam mana geram je stmnt Panel SPA tu)
Panel SPA : awak ade Diploma kenapa tak mohon jawatan diploma..
Adam : ya, saya mempunyai diploma Kej. Awam.. Status permohonan saya untuk memohon jawatan diploma sering kali tidak melepasi Syarat Semasa SPA. ( amik kau, kau yang tak nak bagi aku kan amik je lah sy SPM)

Panel Jabatan : ada pengalaman berkaitan dengan kewangan?
adam : maaf tuan, saya tidak mempunyai pengalaman berkaiatan degan kewangan.. tapi saya pengalaman berkaitan degan pembelian barang.
Panel jabatan : Pembelian tu kira kewangan lah...
adam haris : (haaaa.. sure bengang panel tu degan jwpn aku tu haaaa)
 Bla.. Bla...


habis 30min... perghh lama semput + haus aku nk menjawab soalan dari panel tu... so tunggu result pada 2/12/2013

tu lah cerita adam.. apa yang adam boleh kongsi adalah :

1. Baca surat pangilan sampai Faham.. takut ada kesilapan.. kalau ragu-ragu call je pihak SPA
2. Cari maklumat berkaitan dengan Jawatan yang anda di temuduga.
3. Buat senarai semak sebelum pergi temuduga.
4. Pakaian yang anda pakai (bagi lelaki jgn pakai baju yang terang sangat dan warna pink / pupple sebab kearah keperempuanan ops!! kalau nak pakai jugak lantak korang)( bagi perempuan better baju kurung nampak sopan tapi jangan warna terang dan banyak sangat bunga.. serta kasut bertutup.)
5. Masa jawab soalan dari panel tu
- pastikan tidak lari pada soalan yang ditanya.
-confident sikit, salah tak pe.. sebab dia nak tengak tahap keyakinan anda..
- jujur itu penting (tapi bergantung pada jawatan yang ditemuduga kan) sebab ade sesetengah jawatan kena jadi pelastik.....
- susuan ayat, tatabahasa dll.( kena buka buku SPM yer)
6. solat hajat sebelum temuduga dan selepas temuduga
7. doa banyak2.

itu sahaja kot...

ne result adam....

calon simpanan je..

Penjelasan









cuba tengok yang kotak merah tu... TEMPOH SAH LAKU CALON SIMPANAN BUKAN LAGI SETAHUN SEBALIKNYA SEHINGGA CALOAN DILANTIK TETAP...

#tag.. KO RASA?















Info Ibu Hamil Taip Minggu

pada wanita yang hamil untuk kali pertama mesti ada rasa teruja untuk tahu perkembangan bayi dalam kandungan. untuk pengetahuan wanita yan...